23 September 2011

Pelajar Lapor Polis Selepas Kena Halau Sekolah

Lagi cerita fasal sekolah, guru dan pelajar ...........

Sebelum ini kita telah terbaca tentang pelajar dihalang daripada mengambil peperiksaan awam (Baca Sini). Yang ini pula tentang beberapa orang pelajar yang dikatakan bermasalah telah dihukum dengan cara dihalang daripada masuk ke kawasan sekolah....

Dunia pendidikan masa kini sangat mencabar. Cabaran bukan sahaja di segi peningkatan pencapaian akademik, peningkatan kualiti modal insan, tetapi cabaran untuk mewujudkan perasaan tetap bersabar dalam menangi hal kareanah pelajar. Objektif, misi dan visi sekolah amat jelas. Bagaimanapun pelajar yang datang ke sekolah segelintir daripada mereka tidak mempunyai matlamat yang jelas. datang ke sekolah kerana rakan-rakan lain datang sekolah atau kerana ibubapa suruh ke sekolah.

Diharap segala cabaran ini tidak melemahkan pihak sekolah dan para guru untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna di masa akan datang dan cemerlang di dunia dan akhirat.


Gambar Hiasan

GEMENCHEH: Seramai sembilan pelajar membuat laporan polis selepas dihalau keluar dari sebuah sekolah menengah di sini, pagi semalam kerana didakwa sering tidak lulus peperiksaan, tidak mahu belajar dan degil.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, lima pelajar Tingkatan Lima, tiga pelajar Tingkatan Empat dan seorang pelajar Tingkatan Dua dihalang masuk ke kelas oleh pengawas dan diherdik pengetua yang menyuruh mereka keluar dari sekolah berkenaan.

Mereka terpaksa menunggu di luar pagar hingga ditegur orang awam yang kemudiannya menasihati mereka supaya tidak berdiri bersebelahan jalan raya yang sibuk dan sebaliknya pergi membuat laporan polis.

Pelajar berkenaan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Gemencheh, pada jam 7.17 pagi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Seorang bapa yang anaknya turut dihalau kesal terhadap tindakan sekolah kerana membahayakan keselamatan pelajar.

“Walaupun pelajar berkenaan, termasuk anak saya bermasalah dari segi pelajaran dan disiplin, tindakan sepatutnya diambil dalam lingkungan kawasan sekolah dan bukan dihalau keluar dari sekolah pada waktu persekolahan.

“Bagaimana jika mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya? Adakah pihak sekolah mahu bertanggungjawab? Pada masa sama saya mengaku memang anak saya ada masalah sikit, tetapi ambillah tindakan dalam sekolah,” katanya yang tidak mahu identitinya disiarkan.

Selepas laporan polis dibuat, dua guru sekolah bersama Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dari Tampin datang ke balai polis jam 11 pagi dan menasihatkan pelajar berkenaan kembali ke sekolah untuk menyambung sesi pembelajaran.

Sumber: BHarian

7 comments:

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam;
mcm2 hal disekolah sekarang..ditempat saya pun sama SMK Spaoh,Betong Sarawak dimana kalau pelajar lewat sampai kesekolah,mereka akan dihalau dan tak dibenarkan bersekolah.Oleh kerana tak berani pulang ke rumah maka bebudak tadi cari tempat landing dan buat kerja tak senonoh sehinggalah selesai waktu sekolah dan mereka pun pulang kerumah..

P/S..patutkah sekolah buat peraturan bodoh ni,tak ada cara lainkah nak handle kes pelajar lewat ke sekolah ni..

Nurul Ashikin berkata...

sekolah dah penat simpan budak2 yang teruk macam ni.... patut sekolah yg report polis sumbat budak2 hampeh tu dalam lokap

ieda =.= berkata...

cikgu adalah ibu bapa kedua selepas ibu bapa kandung dalam mendidik anak-anak.. seteruk mana mereka, meraka anak bangsa kita..

nanti dah besar jadi teruk, korang nak marah. hurmmm... dari kecik la didik. bukan buat mereka macam tu.

Mila Ahmad berkata...

klu dah satu hot..isu 2 je berulang-ulang...

RinsyaRyc berkata...

waa.... budak zaman skang dah terer buat laporan polis laa...


dulu yang kena sebat, pukul cekgu, skang diorang berterima kasih apa.. sebab dulu diorang hormat cekgu...

skang, usik sikit report.. mana tak diorang naik tocang.... tapi cekgupun kenalah bertindak waras dan ikhlas menjalankan tugas seperti guru2 zaman mak bapak kita dulu...


http://bulatmata.blogspot.com/

Ungu Violet berkata...

semuanye bermula dr rumah...huhu

Nurul Ashikin berkata...

sorry 2 say.. kalau korang jadi cikgu..korang tahulah betapa sikap kanak2/remaja sekarang....bayangkan satu kelas ada 40 orang.. cikgu tak mampu didik seperti ibu bapa buat...jadi ibu bapa ples...terapkan nilai murni sebaik mungkin