07 September 2011

Racun Semut Disangka Sirap Pandan


Penyediaan Racun Makhluk Perosak di dalam bekas minuman patutlah dielakkan.

Peristiwa berikut ini adalah satu pengajaran yang patut diambil ikhtibar oleh semua orang. Selama ini pun kita telah biasa mendengar amaran bahawa sebarang jenis racun makhluk perosak hendaklah diletakkan jauh daripada makanan, diletakkan di suatu tempat yang selamat agar tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.

Sesuatu yang juga patut dititik beratkan ialah racun-racun tersebut patutlah dilabelkan sepagai racun. Penyediaannya janganlah di dalam satu bekas seperti cawan, gelas minuman atau botol minuman agar ianya tidak disalah anggap sebagai minuman.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menyangka minuman dalam gelas plastik merupakan sirap pandan, seorang wanita pengsan selepas terminum minuman itu yang rupa-rupanya racun semut yang dibancuh suami mangsa di Kampung Rambutan Rendang, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Norhafizah Badli Afendi, 27, menggelepar, berasa loya sebelum rebah lalu pengsan selepas terminum racun semut tersebut.


Norhafizah dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu selepas terminum racun semut.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan dilaporkan stabil.

Suami Norhafizah, Mat Din Yusof, 27, berkata, kewujudan semut yang banyak di rumahnya sehingga anak kecilnya, Shafira Aishah yang berusia 11 bulan digigit semut pagi semalam menyebabkan dia membancuh racun tersebut.

“Sebelum membancuh racun itu, isteri saya masih tidur. Saya kemudian mengambil cawan gelas plastik dan membancuh racun tersebut dengan air sebelum meninggalkan gelas itu atas meja dapur bagi menunggu ia sebati,” katanya yang kemudian keluar ke halaman rumah.

0 comments: