27 Oktober 2011

Evolusi Kad Pengenalan Kepada MyKad



Selepas 63 tahun kad pengenalan diri sudah melalui beberapa evolusi daripada hanya sekeping kertas kepada kad pengenalan plastic bermutu tinggi yang canggih dikenali sebagai MyKad.

Kad pengenalan mula diperkenalkan di negara ini pada 1948 selepas Peraturan-Peraturan Darurat (Kawasan-Kawasan Pendaftran) 1948 dikuatkuasakan sebagai satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan. Ketika itu ianya sebagai langkah keselamatan untuk membendung ancaman komunis


Kad Beras



Peratutan itu memerlukan semua penduduk mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai usia 12 tahun dan ke atas.

Di waktu itu ia lebih dikenali sebagai Kad Beras berikutan kegunaannya untuk mengawal pengagihan beras ketika darutat selain mengekang ancaman komunis. Kad Beras hanya digunakan di Tanah Melayu selama 12 tahun.

Kad Pengenalan Biru



Kad Pengenalan Biru diperkenalkan selepas Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) diwartakan bagi memperkemaskan lagi sistem pengeluaran Kad Pengenalan. Ia mula digunakan di Semenanjung pada 1 Ogos 1960 dan diperkenalkan di Sarawak pada 30 Mac 1966 diikuti Sabah pada 1 Jun 1972.

Kad Pengenalan Biru berasaskan plastik ini lebih berkualiti dan mempunyai tujuh angka iaitu nombor siri pengeluaran Kad Pengenalan. Sebagai ciri keselamatan , kad pengenalan ini dilengkapi dengan cap ibu jari menggunakan dakwat.

Kad Pengenalan Bunga Raya



Sesuai dengan perkembangan teknologi moden dan keperluan dunia masa kini yang semakin kompleks, Kad Pengenalan Bersalut Plastic ( lebih dikenali sebagai Kad Pengenalan Bunga Raya) diperkenalkan pada 1990 dan ditambah baik pada 1999 dengan gambar berwarna.

My Kad



My Kad diperkenalkan setahun kemudian pada 5 September 2001. Perubahan ini selaras dengan agenda kerajaan untuk sentiasa mempertingkatkan fungsi serta ciri keselamatan dokumen pengenalan diri ini.

My Kad mempunyai 12 angka pengenalan diri, yang merupakan nombot unik setiap individu kombinasi tarikh lahir, kod negeri atau kod negara kelahiran dan nombor siri. MyKad diproses secara berkomputer dan mengaplikasikan teknologi biometrik.

Malaysia adalah Negara pertama di dunia menggunakan kad pengenalan plastik yang merangkumi gambar dan data biometrik cap ibu jari pada cip computer.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut memperkenalkan kad pengenalan bercip MyKid (untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun), MyPR (untuk warga asing yang menetap di Malaysia), MyKAS (untuk penduduk sementara yang bukan bertaraf warganegara) dan MyTentera (untuk anggota tentera dan polis).

Selain sebagai Kad Pengenalan Diri, MyKad juga berfungdi sebagai ‘Off Card’ iaitu applikasi pengesahan mengenalpasti pemilik untuk mendapatkan penyata akaun KWSP secara dalam talian, Sistem Pengurusan Data Pelawat, pembaharuan Passport, Program Kesetiaan dan Kad Diskaun.

MyKad Baru



Selepas 10 tahun sekali lagi Kad Pengenalan mengalami perubahan. MyKad Baru diperbuat daripada bahan polikarbonat tahan lasak akan mula digunakan pada 1 Januari 2012.

Mengambil kira aduan dan pandangan awam, MyKad sentiasa ditambahbaik untuk mempertingkatkan kualiti dan ciri keselamatannya. MyKad baru ini bukan sahaja lebih tahan lasak malah mampu mengelakkan pemalsuan.



MyKad baru mempunyai "ghost image" menggunakan teknologi imej turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan anti salinan. Ia juga memiliki cip yang teruji kualiti ketahanannya oleh SIRIM (Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia) serta makmal semikonduktor yang diiktiraf.

MyKad baru telah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan tekonologi terkini dan ia telah memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang telah ditambahbaik.

Sumber: Berita Harian 20 Oktober, 2011.
Kredit Foto: Ayie

0 comments: