16 Oktober 2011

MyKad Struktur Baru Mulai Januari 2012

Bersedialah dengan imej tampan, segak, cantik dan menawan ...
Bermula Januari 2012 nanti kita akan beramai-ramai ke JPN...
Jabatan Pendaftaran Negara...
Kita akan tangkap gambar foto di sana....
Untuk buat MyKad baru....



Mulai Januari tahun 2012, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.


"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan," katanya.

Hishammuddin berkata MyKad baru itu diperbuat daripada bahan "polycarbonate" yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.

Hishammuddin berkata MyKad baru itu juga menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di Sirim dan makmal semi-konduktor yang diiktiraf.

Beliau berkata pemohon baru akan diberikan MyKad baru mulai tahun 2012, manakala pemegang MyKad lama boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru.

Beliau berkata usaha pengeluaran MyKad oleh JPN dilakukan secara telus menerusi tender terbuka bagi mendapatkan yang terbaik dengan kos yang paling kompetitif.

Pengeluaran MyKad baru itu merupakan usaha berterusan JPN untuk memperbaiki perkhidmatannya, selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri, katanya.

Sumber: BERNAMA

Kemaskini 30/12/2011.


Perbezaan imej turisan antara Mykad lama (kiri0 dan Mykad baru (kanan).

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa 3 Januari 2012 ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said.

Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari 2012  ini. Bayaran untuk penukaran kepada Mykad baru adalah RM10.00. (BHarian)

Katanya orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan. Selain itu, MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku.

MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.

JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang terpilih. Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak.

Sumber: Bernama

2 comments:

tirahzairi berkata...

wahhhh...makin canggih...i bru je wt yg bru tyme raya...huuhu

Unknown berkata...

nak buat baru laa..
ic rosak..haha