Nuff Atas

16 Oktober 2011

RM100 Bantuan Persekolahan Dibayar Disember 2011

INFO Bantuan Pelajaran:
1. RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
2. RM200 Baucar Buku kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan.



Bayaran bantuan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, akan dibuat pada bulan Disember, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kelonggaran supaya pembayaran itu dilakukan sebelum sesi baru persekolahan bermula.

"Ini bermakna semua pelajar berhak untuk dapat jumlah itu tidak kira daripada kumpulan mana. Oleh kerana bajet ini untuk Januari tetapi Januari sekolah sudah bermula, kita minta ia dibayar pada bulan Disember kerana biasanya ibu bapa berbelanja bagi sesi persekolahan pada bulan itu," katanya.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada 7 Okt lepas, Najib berkata bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara, selain baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata bantuan itu merupakan pemberian kerajaan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak ramai.

Katanya pembayaran pada bulan Disember ini bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan yang akan dicapai melalui perbincangan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kewangan kerana ia melibatkan peruntukan yang besar iaitu sebanyak RM500 juta.

Pada peringkat awal, bayaran akan dibuat melalui pihak sekolah dan ibu bapa akan mendapat wang itu secara tunai kerana sekolah mempunyai rekod anak-anak mereka yang belajar, katanya.

Beliau menjelaskan, pelajar yang layak adalah mereka yang belajar di sekolah-sekolah yang didaftarkan di bawah sistem Kementerian Pelajaran Malaysia dan bukan untuk sekolah-sekolah persendirian.

Sumber: BERNAMA

5 comments:

Mish eika :) berkata...

bagoslah ada bantuan :)

sarina izryn berkata...

Alhamdulillah......rezeki anak2ku....

Cik Nurul berkata...

Alhamdulillah.. rezeki!

=)

sis92 berkata...

bantuan sudah diberi
hanya tinggal usaha yg gigih diperlukan utk jadi warga yg bjaya :)

Zemint Firdaus berkata...

rezeki