18 Oktober 2011

Namakan Waris Jika KWSP Ada Lebih RM3,000



Bagi ahli KWSP...
Adakah anda telah menamakan waris untuk simpanan anda itu...
Jika dalam akaun ada lebih daripada RM3,000 ....
Bolehlah berkunjung ke pejabat KWSP untuk isi Borang KWSP 4 ...

BTW aku ada dua cadangan di sini ....

KWSP boleh mula memikirkan untuk mewujudkan pengisian nama waris secara online...
Lebih cepat...
Jimat masa menunggu ....
Boleh dilaksanakan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja....

Atau pun serahkan Borang KWSP 4 untuk diuruskan melalui majikan masing-masing.....
Ini kerana kekangan masa dan tugas menyulitkan pencarum untuk mengunjungi pejabat KWSP ......

-----------------------------------------------------------------------------

Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan perlu menamakan waris kepada simpanan mereka.

KWSP berkata tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat pencarum yang meninggal dunia terpaksa melalui proses yang sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli.

"Ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan KWSP dan belum membuat penamaan waris harus menyahut seruan ini dengan segera. Amaun ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya proses penamaan waris hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di mana ahli hanya perlu mengisi Borang KWSP 4 dan menyerahkan kepada cawangan KWSP terdekat.

Menurutnya penamaan KWSP akan mengatasi wasiat bertulis dan bagi ahli beragama Islam yang mempunyai penamaan, penama akan bertindak sebagai pentadbir (wasi) yang bertanggungjawab mengagihkan simpnanan itu mengikut Hukum Faraid.

Nik Affendi berkata tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Probet atau Perintah Pembahagian dari pihak berkuasa bagi menyokong tuntutan simpanan ahli yang meninggal dunia.

"Langkah itu perlu bagi mengelak penipuan pengeluaran dan memastikan simpanan ahli diberi kepada mereka yang benar-benar berhak," katanya.

Sementara itu, KWSP juga telah melancarkan kempen pengiklanan penamaan sekali lagi mulai hari ini hingga 5 Nov ini untuk menggalakkan lebih ramai ahli menamakan waris kepada simpanan mereka.

Di samping kempen pengiklanan menerusi radio dan media cetak, promosi juga akan dijalankan di kaunter perkhidmatan, melalui Pusat Panggilan serta laman Facebook rasmi KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Twitter (KWSPBuzz).

Nik Affendi berkata pada suku kedua tahun ini, 4.71 juta ahli telah menamakan waris mereka berbanding 4.58 juta ahli pada suku pertama tahun ini.

Sumber: BERNAMA

0 comments: