04 Oktober 2011

Rawatan Gigitan Ikan Garra Rufa Jejas Kesihatan



Pakar kesihatan dan doktor meminta pengguna menjauhkan diri daripada perkhidmatan spa gigitan ikan kerana air tangki terbabit mungkin menjadi tempat paling subur untuk pembiakan pelbagai jenis jangkitan bakteria dan kulat. Perkongsian penggunaan tempat, penggunaan air yang tak mengalir dan ikan boleh menyebabkan beberapa penyakit dipindahkan kepada orang lain.

Bagaimana pula dengan kebaikan prosedur ini sebagai kaedah rawatan?

Kepada yang obses kepada kaedah rawatan ini barangkali mereka boleh mula memikirkan untuk memiliki sendiri spa rawatan sedemikian di rumah masing-masing untuk memastikan kebersihan air tersebut bebas daripada patogen-patogen penyakit-penyakit bahaya.

p/s: Saya tidak pernah cuba rawatan spa ikan ini. Bagaimanapun saya pernah pergi ke satu spa yang menyediakan perkhidmatan ini ketika mereka membuat promosi. Saya hanya datang sebagai seorang insan dengan sikap serba ingin tahu tetapi tanpa sikap ingin mencuba.

ABU DHABI: Pakar perubatan memberi amaran rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan.

Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama seperti ikan doktor, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.

Sebelum digunakan untuk rawatan beratus-ratus ekor ikan akan dibiarkan tanpa makan bagi membolehkan mereka memakan sel kulit apabila diperlukan.

Rawatan itu biasanya mengambil masa 20 minit diikuti dengan rawatan kaki tradisional kerana bukan semua sel kulit mati dikeluarkan ikan itu. Rawatan ini membabitkan kos kira-kira 95 Dirham (RM82).

Bagaimanapun pakar kesihatan dan doktor meminta pengguna menjauhkan spa ikan ini kerana air tangki terbabit mungkin menjadi tempat paling subur untuk pembiakan pelbagai jenis jangkitan bakteria dan kulat.

“Prosedur ini diharamkan di UAE kerana air yang tidak bersih boleh memindahkan penyakit seperti HIV,” kata Khalifa Mohammad Al Rumaithi, pengarah kesihatan awam di Perbandaran Abu Dhabi.

Seorang pakar dermatologi, Dr P Moham Kumar dari Lifeline Hospital berkata tiada manfaat saintifik daripada prosedur terbabit.

Sumber: BHarian

Berikut ini adalah artikel berhubung dengan kebaikan rawatan ini. Artikel ini dihasilkan suatu ketika dahulu di saat rawatan ini mula diperkenalkan di Malaysia.



TAPAK kaki anda kering dan mengelupas. Tetapi anda enggan melakukan rawatan kaki di pusat-pusat kecantikan biasa.

Mungkin anda inginkan satu alternatif rawatan? Dengan janji menawarkan pengalaman spa yang lain daripada biasa, mungkin rawatan spa ikan adalah jawapannya.

Bayangkan kaki anda direndam di dalam sebuah kolam dengan ratusan ikan-ikan kecil menggigit kaki. Tentu geli atau menakutkan bukan?

Tetapi tahukah anda, ikan yang dikenali sebagai Dr. Fish ini mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan kulit seperti melancarkan aliran darah, menghilangkan sel-sel kulit yang mati, mengurangkan parut-parut kecil termasuk penyakit kulit psoriasis dan ekzema.

Sungguhpun kecil, ikan-ikan ini juga mampu menghilangkan stres dan tekanan harian yang dialami pengunjung, tiada apa yang harus ditakutkan kerana sungguhpun ikan-ikan ini menggigit kaki, ia tidak mempunyai gigi.

Dengan kulit yang licin dan pori-pori kulit yang tidak tersumbat, gigitan ikan-ikan ini membantu melancarkan aliran darah di kulit.

Bagaimanakah spa ikan ini bermula?

“Sejak berdekad-dekad lamanya, ramai yang mencari rawatan alternatif akan pergi ke negara-negara Eropah Timur seperti Turki, Syria dan Jordan untuk mencuba rawatan Dr. Fish di spa-spa air panas di sana.

“Malah, tabiat pemakanan unik ikan-ikan ini mula ditemui di kawasan air panas yang terletak di Kangal, Turki,” populariti rawatan ikan itu mula menyerlah pada tahun 2006.

Pada hari ini, rawatan spa ikan semakin berkembang di beberapa negara Asia seperti Jepun, Korea, China, Singapura dan Malaysia.

“Biasanya, tempat-tempat ini menggunakan salah satu daripada spesies Dr. Fish yang diternak dengan jayanya di Asia dikenali sebagai Garra rufa.

“Garra rufa boleh ditemui di beberapa negara Eropah Timur seperti Turki, Syria dan Jordan,”

Penjagaan SPA Ikan

Bagi menjaga kebersihan air dan keselesaan pengunjung, air dalam kolam ditukar pada setiap hari.
“Selain itu, air disterilkan dengan penggunaan sinar ultra lembayung sebanyak 2,000 Watt untuk membunuh bakteria dan virus yang terdapat di dalam air.

“Penurasan pasir juga dilaksanakan untuk mengasingkan partikel-partikel seperti lebihan makanan ikan dan sisa kumbahannya,”.

Tambahnya, rawatan ozon turut diadakan untuk memecahkan sisa cecair seperti urea, peluh, darah dan sebagainya kepada oksigen sekali gus membentuk air semula jadi.

Aras pH air juga dikekalkan pada tahap neutral dan suhu dikawal pada sekitar 30 darjah selsius.

Kredit: http://ibinblog.wordpress.com

2 comments:

tnZackJ berkata...

kalu merawat guna ikan pirana boleh tak??

yoetama berkata...

sepertinya geli,, iihhh