30 November 2011
Jambatan Gantung Kutai Kartanegara Runtuh
SEBUAH bot (kiri) melintas Jambatan Kutai Kartanegara yang runtuh di bandar Samarinda, Kalimantan Timur.- AFP
Pada Sabtu 26 November 2011 pukul 4.20 petang waktu tempatan, Jambatan Kutai Kartanegara tersebut telah runtuh. Stesen televisyen TVONE melaporkan jambatan ini runtuh ketika penuh sesak dengan kenderaan. Sekurang-kurangnya sebuah bas dan hampir 12 buah motosikal terjunam ke dalam Sungai Mahakam. Beberapa buah kereta turut terjunam ke dalam sungai.
Dilaporkan 11 orang terbunuh manakala 39 yang lain cedera dan 33 masih hilang. Pasukan penyelamat menggunakan 'ultra sound' untuk mengesan runtuhan batu , kenderaan dan mangsa yang mungkin terperangkap di dalam sungai yang mempunyai kedalaman 40 meter itu.
Punca jambatan itu runtuh tidak dapat dipastikan tetapi Nugroho memberitahu bahawa satu kabel sokongan jambatan itu putus semasa kerja-kerja membaiki sedang dilakukan.
Kabel besi menyokong jambatan ini menjadi lemah selepas dilanggar bot beberapa kali. Pada tahun 2010, kapal kargo membawa arang batu melanggar jambatan ini dan hampir runtuh.
INFO:
Keindahan Jambatan Kutai Kartanegara Di Waktu Malam Sebelum Runtuh.
Jambatan gantung Kutai Kartanegara sepanjang 720 meter yang dibina merentangi Sungai Mahakam di Samarinda,Kalimantan,Indonesia merupakan jambatan gantung terpanjang di Indonesia. Rekabentuk jambatan ini menyerupaiJambatan Golden Gate di San Francisco, Amerika Syarikat. Ia menghubungi bandar Tenggarong dan Samarinda di wilayah Kalimantan Timur.
Keindahan Jambatan Kutai Kartanegara Dilihat Dari Kejauhan.
Jambatan ini terletak di daerah Kutai Kartanegara , Borneo mula dibina pada 1995 dan siap pada 2002. Ketika dirasmikan pada awal tahun 2002, jambatan ini dinamakan sebagai Jambatan Gerbang Dayaku.
Sumber: Ms.Wikipedia dan Id.Wikipedia
Labels:
Luar Negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
dah tau nak repair sbb kena lggar bot, pastu pi bukak utk kegunaan awam tu pasai apa?
salam takziah
Catat Ulasan