Nuff Atas

01 November 2011

Ruam Lampin



* Ruam lampin.

Adalah satu keadaan kulit seperti ekzema yang dihidapi bayi yang menggunakan lampin. Ia mudah dilihat. Bahagian punggung bayi kelihatan merah dan gatal dan dalam kes yang teruk, boleh berlaku pengelupasan atau lepuh. Ia boleh juga dijumpai di kawasan kemaluan dan lipatan pada paha bayi.

Ia bukanlah penyakit berbahaya, namun terdapat sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius sekiranya tidak diatasi dengan betul.


* Penyebab.

Bayi sangat mudah terkena ruam lampin di mana lampin yang basah dan tercemar boleh menyebabkan kulit bayi yang lembut melecet. Kelembapan berlebihan pada bahagian berkenaan akan menyebabkan pembiakan bakteria dan yis, dan apabila digabungkan dengan geseran daripada lampin, mengakibatkan ruam yang tidak selesa.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlaku ruam di kalangan bayi. Antaranya apabila kulit bayi menyentuh air kencing yang disebabkan oleh pemakaian lampin dalam tempoh yang terlalu lama.

Ammonia yang dihasilkan air kencing akan mengganggu lapisan perlindungan kulit bayi dan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan.

Selain air kencing , najis bayi terutama yang cair juga penyebab kepada keadaan menjadi ruam.

Najis sebenarnya amat merbahaya kepada kulit bayi kerana ia terhasil daripada makanan bayi dan juga ubat-ubat tertentu yang diberikan kepada mereka.

Punca lain ialah bahan kimia yang terdapat dalam sabun mandian bayi. Bagaimanapun terdapat juga jenis lampin pakai buang yang menyebabkan alergi pada kulit bayi yang sensitif.

Tisu basah wangi, makanan yang tinggi kandungan asid dan protein serta cirit-birit yang mungkin disebabkan oleh antibiotik , juga boleh menjurus kepada ruam lampin yang mengganggu keselesaan bayi.

* Cara atasi.

Ruam lampin boleh sembuh dengan sendiri jika kita sebagai ibu mengamalkan penjagaan kulit bayi dengan betul.

Sentiasa pastikan bahagian berkenaan dibersihkan dan dikeringkan dengan betul apabila menukar lampin (perhatian juga perlu diberikan di celah lipatan). Basuh bahagian berkenaan dengan air suam dan elakkan menggunakan pengelap wangi yang boleh mengganggu keselesaan kulit bayi.

Sumber: Bharian dan Utusan

2 comments:

ch000tz axoera berkata...

pakailah bedah baby johnson hehehe

ain dzaya berkata...

tip yg berguna before ain jadi ibu mithali..