21 Disember 2011

Animasi Pasir Kseniya Simonova

Saya ingin berkongsi satu persembahan video bagaimana seorang pelukis bernama Kseniya Simonova menggunakan media pasir dalam persembahan animasinya.



Kseniya Simonova, adalah juara pertandingan TV,  'Ukraine’s got Talent 2009'.  Dia merupakan seorang artis dalam persembahan animasi pasir (sand animation) dan merupakan seorang philanthropist (orang yang suka berbuat baik kepada orang lain).

Dilahirkan pada tahun 1985 di Yevpatoria, Semenanjung Crimean, Ukraine. Ibunya, Irina Simonova, adalah seorang artis, pereka bentuk teater (theatrical designer) dan guru seni halus.

Idea melakukan persembahan animasi pasir adalah idea suaminya yang mencadangkan suatu projek teater yang baru. Beliau menggunakan 3 kg pasir lava gunung berapi khas yang dibeli daripada seorang geologis.


Kseniya Simonova mula berlatih melukis bersendirian di rumahnya. secara fizikalnya ia adalah kerja sukar kerana terpaksa dilakukan dengan berdiri dalam tempoh yang lama. Ksenyia berlatih setiap malam selama 3 bulan.

Kseniya menyertai perandingan 'Ukraine's Got Talent' yang ketika itu menawarkan hadiah bernilai 1 juta hryvna, yang bersamaan dengan $110,000.

Dia malakukan persembahan selama 2 minit yang kemudiannya terpilih ke peringkat separuh akhir. Dia melakukan persembahan animasi pasir berkaitan dengan kisah Perang Dunia Kedua dalam pertandingan tersebut.

Sumber: Wikipedia

Berikut adalah beberapa persembahan popular beliau yang telah ditonton melebihi 1 juta kali di Youtube.

Ксения Симонова - Настенька

Kseniya Simonova - Sand Animation


Kseniya Simonova - Sand Animation (Ukraine's Got Talent, Final) PART2


Україна має талант MIX - неизданное:) Ксения Симонова


Dan ini pula adalah persembahan daripada seorang alagi pelukis animasi pasir yang bernama Ilana Yahav.



4 comments:

CikTeddyCorner berkata...

suke! cantek..

yusuflaili(Goku) berkata...

salam;
kreatif dan inovatif

Unknown berkata...

hebat dgn pasir pon boleh dijadikan bahan seni

ch000tz berkata...

benda ni dah lama kalau tak silap, since last 7-8yrs ago....sebab pernah tgk vid ni :D


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-jalanan.html