Nuff Atas

13 Disember 2011

Tiada Lagi Shoutmix Percuma Bermula 01/01/2012

Semasa Aku Ziarah Blog FIZ GRAPHIC, aku terbaca entrinya yang memaklumkan tentang hal ini. Kemudian aku terjumpa tajuk yang sama turut diperkatakan oleh beberapa blogger lain...

Jika anda ada menggunakan widget Shoutmix, cuba perhatikan di bahagian atas Shoutmix Box anda. Pastinya anda akan terlihat perkataan 'Important Notice' sebagaimana ditunjukkan dalam gambar berikut.


Sumber Gambar: Apit

Cuba anda klik perkataan tersebut. Atau Klik Di Sini. Suatu artikel makluman tentang alasan-alasan yang membawa kepada penamatan perkhidmatan percuma Shoutmix Box dibincangkan dengan panjang lebar di sini.


Antara perkara yang perlu diambil perhatian daripada makluman tersebut adalah:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Existing users will be able to continue using their accounts at no cost right now. The transition will begin within a few weeks. Eventually, users with free accounts will need to switch to a paying plan or stop using the service. The date is set at January 1, 2012. After this date, free accounts will stop working unless upgraded to a paid plan.

The good news is that ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediately. For our old version (the Classic) it will only be available in Premium package which costs approximately $1.67/month.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bermula daripada saat ini anda barangkali mula berkira-kira sama ada untuk terus menggunakan Shoutmix Box yang berbayar atau beralih angin dengan menggunakan perkhidmatan Shout Box yang lain pula.  Ada pelbagai aplikasi shout box percuma lain yang mungkin menjadi pilihan anda untuk menggantikan ShoutMix, antaranya CBox, FiBox dan ShoutCamp. Pilihan terserah kepada diri anda masing-masing.

Untuk tujuan tersebut aku telah pun beralih arah dengan mendaftar kepada CBox. Bagaimanapun ShoutMix masih lagi aku gunakan sehingga di saat akhir menjelang 01/01/2012. Selamat Tinggal akan kuucapkan kepada Shoutmix sebaik sahaja ia tidak lagi berfungsi secara percuma kelak.

4 comments:

c'axoera berkata...

da takde dah shoutmix....dah buang tadi heeheh

♥AienNajwa♥ berkata...

yes ! ~ baru tukar cbox hehee..

Fahz berkata...

ha ah la..baru perasan...tq broo

Beckhrooy berkata...

gunasementara masih freee