Nuff Atas

11 Januari 2012

Lesen Kereta Auto Pandu Kereta Auto Sahaja

Ujian memandu menggunakan kereta transmisi automatik sebagai salah satu opsyen terhadap ujian memandu menggunakan transmisi manual akan mula dikuatkuasakan pada bulan Mei 2012. Dengan perlaksanaan opsyen ini, dijangkakan lebih ramai rakyat negara ini dipermudahkan untuk memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

Pemanduan menggunakan kereta automatik memanglah mudah dan tidak memenatkan terutama ketika memandu di dalam jalan raya yang sesak. Maka opsyen pengujian menggunakan kereta automatik dianggap suatu pilihan yang menarik disamping memudahkan calon lulus dalam ujian memandu.

Jika anda seorang yang berani, inginkan pemanduan yang mencabar dan mementingkan pecutan semasa pemanduan, saya pasti pemanduan kereta automatik bukanlah pilihan anda. Ini pendapat saya. Saya pasti pendapat anda juga sedemikian.



Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei 2012 ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.


Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak.

"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya.

Menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.

Sumber: Kosmo

Kos Belajar Pandu Kereta Automatik Lebih Mahal.

Sekolah memandu bercadang hendak mengenakan caj 10 hingga 15 peratus lebih tinggi untuk belajar memandu kereta automatik sahaja.

Bagaimanapun, pelajar yang enggan membayar lebih untuk belajar memandu kereta automatik boleh memilih belajar memandu kereta manual yang cajnya lebih murah, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

"Pelajar tidak perlu rasa terikat kerana jika tidak mahu bayar lebih, boleh pilih kereta manual kerana lesen kereta manual boleh juga bawa (memandu) kereta automatik tetapi kalau lesen kereta automatik cuma boleh bawa kereta automatik sahaja," katanya.

Sumber: BERNAMA kemaskini 16 Jan. 2012

7 comments:

khairul berkata...

BAGUIH NI..BINI AKU X RETI NK BWK MANUAL

Cik Oda Gelang berkata...

yahuu! Mmg ni yg cik oda tggu2. Bln 5 nti br cik oda amik lesen hahahaha

Polskahackrew berkata...

kreta auto x best,, x syok racing,,.. hehhehe..

Puteri Kasih berkata...

rugi je kalau ambil auto je kan

Dalila Hamid berkata...

ada kebaikkan dan keburukkannya.... duit nk pkai byk

aalia shahira berkata...

sy prefer auto lagi.manual,ayik nak mampus jer enjin.haha

c'axoera berkata...

auto ajer sudahh heheheh