Ada orang sukakan meja yang kemas. Meja yang kemas dengan barangan yang tersusun memudahkan pencarian item-item kerja di samping suasana tempat kerja yang selesa dan tidak menyakitkan mata.
Ada orang yang tidak boleh bekerja dengan keadaan meja yang kemas. Meja yang kemas padanya menyusahkannya untuk mencari item-item kerja kerana item-item tersebut tidak berada di depan mata.
Adakah meja kerja anda seperti ini?
Mungkin anda merasakan keadaan meja pejabat yang bersepah menjejaskan tugasan harian dan produktiviti seseorang, namun satu kajian menunjukkan ia sebaliknya!
Menurut sekumpulan penyelidik dari Jerman, meja yang bersepah sebenarnya boleh membantu individu berfikir dengan lebih jelas kerana keadaan itu membuatkan mereka mencari jalan bagi memudahkannya.
Ini berikutan keadaan bersepah secara visual dan mental mampu memaksa manusia untuk memberi fokus dan berfikir dengan lebih jelas.
Pemikir dan penulis terkenal seperti Albert Einstein dan Roald Dahl terkenal dengan meja yang bersepah.
"Meja bersepah sebenarnya tidak menjejaskan kualiti kerja sebagaimana ia kelihatan kerana pendekatan menyelesaikan masalah yang mereka miliki membantu kecekapan kerja atau meningkatkan daya kreativiti seseorang dalam penyelesaian masalah," kata ketua penyelidik dari Universiti Groningen, Jia Liu, dalam artikel yang disiarkan melalui Jurnal Penyelidikan Pengguna.
Anehnya, impak meja bersepah kelihatan lebih berkesan kepada mereka yang konservatif, manakala mereka yang liberal pula sebenarnya tidak kisah dengan keadaan sedemikian.
Meja kerja yang kemas
"Pengurus syarikat swasta dan kerajaan sering mempromosi polisi 'meja kemas' bagi mengelak keadaan pejabat yang tidak terurus dan bersepah, bertujuan menjana produktiviti dan kecekapan kerja.
"Amalan ini berdasarkan kepada pemahaman konvensional bahawa persekitaran yang tidak terurus dan bersepah boleh menyesakkan minda dan menyukarkan penilaian.
"Bagaimanapun tidak semua bukti menyokong kaitan konvensional antara persekitaran bersepah dengan minda yang berserabut," katanya. - AGENSI
Sumber: Utusan
p/s: Kalau terpakailah hasil kajian ini, maka akibatnya akan gagal perlaksanaan Konsep 5S. Pejabat pula akan dilihat sebagaimana suasana kapal karam. Barangkali kucing dan tikus pun akan beranak-pinak di dalamnya.
7 comments:
huhu...mcm2...tp, yayansmum lebih prefer yg lebih kemas, coz yayansmum rasa amat berserabut bila nmpk meja yg penuh ngan barang2 yg tak tersusun, huhu.
meja rumah saya sepah...n barang kerja saya pon sepah..walaupun dikemas..tetap sepah..xtau sebab pe...tapi bile sepah...otak jalan.... :)
Salam Koding...
Meja saya sepah jugak, tapi taklah teruk sangat sampai 'kucing dan tikus pun akan beranak-pinak'... Ok jer. Nak cari barangpun senang, walaupun orang kata kalau sepah susah nak cari barang.
Menurut kajian tak rasmi, mereka yang meja bersepah lebih sempoi, relax, cool dan berfikiran terbuka... Macam saya... heh heh...
Selalunya mereka yang kemas ini terlalu 'ideal' dan sukar menerima pandangan orang lain...
Ia juga berkaitan dengan jenis darah yang dimiliki seseorang individu. Orang yang berdarah jenis 'B' dan 'AB', meja mereka agak bersepah. Orang berdarah 'O' agak kemas, sebab mereka memang jenis tak suka yang kemas.
Cuba selidik karekter orang melalui jenis darah, menarik tau!
selalunyer saya mula dengan meja yang kemas...tapi bila start buat kerja itu dan ini...mulalah meja bersepah. Lepas dah siap kerja, baru kemas balik..hehehe
kadang2 mls juga nk mengemas ble dh terlampau bzy.
Saya darah O...Dan saya cuma letak kerja yang diperlukan atas meja...yang lain takmo...bila dah siap kerja saya akan pastikan meja saya kosong...tenang jiwa...heheheheh
meja sy jgn ckplah.mmg bersepah.hahha
Catat Ulasan