02 Januari 2012

Tabiat Membaca Bahan Ilmiah


Kalau novel RAM aku memang tak kisah kalau berebut dengan budak sekolah.

Dalam satu mesyuarat antara Boss dan semua kakitangan golongan pelaksana, boss menyeru agar semua kakitangan meningkatkan semangat membaca.

Beliau memang menyedari hakikat kebanyakan staff pelaksana memang sangat gemar membaca, tetapi seruannya adalah agar pembacaan lebih kepada buku-buku bercorak ilmiah bagi menambahkan ilmu agar semua kakitangan pelaksana dapat melaksanakan tugas-tugas dalam kerjaya mereka sebagaimana orang-orang yang berilmu.

“Cukup-cukuplah berebut dengan budak-budak sekolah untuk mendapatkan buku-buku novel berkaitan cinta. Zaman-zaman bercinta untuk kita semua ni dah berlalu,” demikianlah hujahnya.


Pendapat anda bagaimana? Adakah zaman bercinta anda telah berlalu?

Zaman bercinta pada ku masih lagi terus berlaku. Yang telah berlalu hanyalah zaman bercinta sebagai pakwe dengan makwe. Tetapi cinta-cinta yang lain masi lagi ada. Begitu juga bagi golongan pelaksana yang masih lagi mencari cinta. Maka cinta pakwe-makwe masih lagi subur dalam jiwa mereka.

Bukan mudah untuk menanam semangat suka membaca. Jika seseorang sudah ada semangat untuk membaca novel-novel cinta itu sudah dikira sebagai suatu permulaan yang baik. Maka atas dasar itu aku berharap penulis novel perlu bijak menerapkan pengetahuan-pengetahun dan ilmu-ilmu yang berguna dalam perceritaan mereka.

Pembacaan bahan bercorak ilmiah bagi kebanyakan orang adalah sesuatu yang berat. Memeningkankan kepala. Menyebabkan mata mudah sangat rasa mengantuk walaupun baru sahaja baca tajuknya belum lagi isi kandungannya.

Aku sendiri seringkali merasakan perlunya merehatkan fikiran daripada perkara-perkara serabut dunia kerjaya yang tak berkesudahan. Sebagai cara merehatkan fikiran aku akan mencari bahan-bahan bacaan yang ringan tapi berilmiah sebagai contoh novel-novel yang bermaklumat, majalah-majalah yang bermaklumat atau kadangkala blog-blog yang bermaklumat.

Walaupun sering kali ada hajat untuk membaca buku yang berilmiah tetapi hasrat seringkali tidak kesampaian. Atas faktor-faktor usia yang semakin meningkat, membaca sesuatu perkara yang berat tidak lagi mampu dilakukan bersendirian.

Sebagai alternatifnya aku sering mencari maklumat di dalam blog-blog di mana kebanyakannya maklumat-maklumat tersebut disampaikan dengan ringkas dengan huraian yang tidak memberatkan. Sesetengah penulis pula menyampaikannya dengan agak santai. Bahan-bahan yang aku kira Berjaya menarik minat, aku aku copy-paste ke dalam blog aku agar menjadi bahan pembacaan bersama.

Dalam zaman yang serba canggih ada banyak cara maklumat dipersembahkan. Jika seseorang tidak membaca buku, mereka tidak lagi boleh dianggap sebagai seorang yang tidak bermaklumat.

Aku sangat menyokong usaha orang yang berkemampuan membaca buku-buku ilmiah ini agar menulis intisarinya atau sinopsisnya ke dalam media maya untuk dikongsikan bersama. Jika usaha ini berjaya menarik minat maka aku pasti suatu hari nanti pembaca akan mencari buku yang sebenar bagi mendapatkan maklumat yang lengkap demi memenuhi kepuasaan mereka dalam dunia pembacaan dan mengumpul maklumat.

Dunia penyebaran maklumat bukanlah suatu usaha yang menarik minat kebanyakan orang. Buku-buku ilmiah bukanlah pilihan kebanyakan orang. Blog-blog yang banyak maklumat ilmiah dianggap sebagai blog sekolah.

Bagaimanapun usaha penulis menulis buku dan menulis blog-blog ilmiah harus disanjung tinggi. Biarlah buku tidak popular, biarlah blog tidak ramai follower asalkan hasrat menyebarkan ilmu dan maklumat dilakukan berterusan biarpun pada golongan sasaran yang sedikit.

Aku sangat berharap bos yang diketahui di kalangan kami golongan pelaksana sebagai orang yang minat membaca dapat berkongsi pengetahuannya yang banyak itu dengan menulis intisari bahan-bahan yang dibacanya di ke dalam blog kendaliannya. Dengan cara ini lebih mudah aku mendapatkan ilmu tersebut berbanding aku baca sendiri bahan bacaan dalam bahasa inggeris yang boss baca tu.

0 comments: