Nuff Atas

26 Februari 2012

Jalan Maut (Death Road) di Bolivia



CHALLA, Bolivia - Sebatang jalan raya sepanjang 400 kilometer yang menghubungkan La Paz dengan Los Yungas dekat sini dianggap antara yang paling berbahaya di dunia.

Jalan raya tersebut amat sempit untuk laluan kenderaan seperti bas kerana ia berliku-liku di lereng bukit. Paras jalan raya yang paling tinggi di kawasan tersebut ialah 4,000 meter. - AFP


Gambar: SEBUAH bas bergerak di satu laluan sempit di sebatang jalan raya yang menghubungkan La Paz dengan Los Yungas di Bolivia. (Sumber: Kosmo )

Bersama artikel ini disertakan beberapa keping lagi Gambar 'Pemandangan Menarik' yang dirakamkan di sepanjang Jalan Maut tersebut.


Jalan Yungas

Jalan Yungas Utara (juga dikenali sebagai Jalan Dusun, Jalan Coroico, Camino de las Yungas, El Camino de la Muerte, atau Jalan Maut) ialah sebatang jalan raya sepanjang 69 kilometer dari La Paz ke Coroico di Bolivia.

Ia terkenal kerana sangat berbahaya, dan pada tahun 1995 Bank Pembangunan Antara Amerika telah menobatkan jalan tersebut sebagai "jalan raya paling berbahaya di dunia". Dianggarkan antara 200 hingga 300 pengguna terbunuh setiap tahun di sepanjang jalan itu sahaja. Terdapat banyak tanda salib di sepanjang jalan tersebut yang menandakan tempat di mana kenderaan terjunam ke dalam gaung.







Jalan tersebut telah dibina pada tahun 1930an semasa Perang Chaco oleh banduan Paraguay. Ia merupakan salah satu laluan yang menghubungkan kawasan hutan hujan Amazon di utara Bolivia, atau Yungas, ke ibu negara iaitu La Paz. Jalan tersebut mendaki sehingga ketinggian sekitar 4,650 meters.

Disebabkan gaung sedalam sekurang-kurangnya 600 meter, jalan yang sempit selebar selorong sahaja – kebanyakan jajaran jalan tidak melebihi 3.2 meters lebar serta ketiadaan pengadang jalan, jalan raya ini terlalu berbahaya. Lebih-lebih lagi, hujan, kabut dan habuk boleh mengurangkan jarak penglihatan. Di kebanyakan kawasan, permukaan jalan berlumpur, serta boleh menyebabkan batu-batu terjatuh daripada jalan.











Air terjun di atas jalan.

Salah satu peraturan jalan raya di situ ialah pemandu yang menuruni bukit tiada hak jalan dan mesti memberi laluan dengan beralih ke sebelah tepi jalan. Ia memaksa kenderaan laju untuk berhenti supaya boleh berselisih dengan selamat.

Selain itu, kenderaan dipandu di sebelah kiri jalan, tidak seperti jalan-jalan raya lain di Bolivia yang dipandu di sebelah kanan. Ia membolehkan pemandu di sebelah kiri melihat dengan jelas keadaan jalan di sebelah roda luar, membolehkan kenderaan berselisih dengan selamat.

Sumber: Wikipedia


Ada juga yang berani buat superman di atas jalan tersebut.


Jalan di mana berlaku kenderaan jatuh ke gaung ditandakan dengan salib.


Hahahaaa... Ini bukan Wheelie betul-betul....









Kesemua gambar ini diambil daripada 'Google Image'.

10 comments:

Syafiqah Othman berkata...

scary gile tgok jlan tu.. mau jatuh maut leee..

aira shahira azmi berkata...

makkk..takot gile!jpj un fail nih..lagi la nk jln at ctu..ahha..

Yana Libra berkata...

seram nak lalu situ!

anNaqia berkata...

bahaya btol. nape banyak lori eh guna jalan ni?

Nurul Aisyah berkata...

uish...bahayanya!!! kalau nak jalan pun dah takut!! bus ke lori tu? berani betul dia...

NUars berkata...

aku rasa seronok lah dpt pegi kat tempat tinggi cmtu,,sronok kot rasanyer,,,wahh tringgin nk pegi sane,,,tgh smangat ne..tp tkde pluang lah hahaha.. ^__^ add blog sy yer//

Cikgu Ma berkata...

seram eh....

Dina Kasyah berkata...

dorang ni dh xde jalan laen ke nak lalu hatoii hatoiii~

indonesia2000 berkata...

wah jalannya maut bro...spy ga banyak korban lalu lintas di Indonesia..hendaknya jalan ini di Indonesia jangan di buat..hehehe..salam..

Jobless Girl berkata...

Huuuu, menakutkan jalan tu memang sempit.