06 Februari 2012

RENEW Tong Sampah Kalis Bom



Tong sampah kalis bom baharu (dikenali sebagai Renew) akan ditempatkan di jalan raya di London menjelang Sukan Olimpik 2012 di sini pada Julai depan.

Tong sampah baharu itu (Renew) adalah idea daripada dua bekas pelajar London School of Economics. Sebanyak 100 tong sampah itu akan ditempatkan di daerah kewangan London.



SEBUAH tong sampah kalis bom ditempatkan di tepi sebatang jalan raya di London.

Selain kalis bom (mampu menyerap haba, dan letupan), tong sampah ini juga dilengkapi dengan skrin LCD tahan perubahan cuaca yang berfungsi memaklumkan tentang berita terkini seperti laporan sukan di sepanjang musim Olimpik, laporan kesesakan laluan terowong bawah tanah, maklumat-maklumat kecemasan, maklumat untuk pengembara dan maklumat pergerakan nilai saham.

Tong sampah ini akan ditempatkan di kawasan-kawasan sibuk tumpuan orang ramai dan sekitar Stesen Bawah Tanah London. Terutama disebabkan ancaman bom gerila Irish Republican Army (IRA). Tong sampah di London adalah sasaran pengganas untuk memasukkan bahan letupan.


Tong Sampah Renew


Renew adalah tong sampah bermaklumat.

Tong sampah ini berharga 25,000 pounds ($40,000) setiap satu. Ia diperbuat daripada bahan istimewa yang  dikenalpasti lebih kuat dan keras berbanding keluli.

Sumber: uk.reuters.com, Kosmo

5 comments:

Izyan Yan Cinnamon berkata...

macam2 benda pelik yang dicipta..

Tanpa Nama berkata...

pergh...lagi mahal dari kereta

Nur Fathira Aimi berkata...

perghh cayalah ! :))

caliph shuriken berkata...

tong sampah laa plak, huh...

Unknown berkata...

takut sungguh depa ngan "terrorist" no