24 Mei 2012
Algeria Bina masjid Ketiga Terbesar Di Dunia
Lakaran artis masjid ketiga terbesar di dunia yang akan dibina di Algiers, Algeria bernilai RM4 bilion. - AGENSI
Kerajaan Algeria akan membina sebuah masjid besar di ibu negara Algeria ini, berharga satu bilion euro (RM4 bilion), yang bakal menjadi masjid ketiga terbesar di dunia. Masjid yang mampu memuatkan 120,000 jemaah itu dianggap ketiga terbesar, selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabi di Madinah.
Projek yang dijangka siap pada 2015 itu dibina oleh Syarikat Kejuruteraan Pembinaan China. Projek itu bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada 17,000 orang, kebanyakan mereka rakyat tempatan.
Menteri Hal Ehwal Agama Algeria, Bouabdallah Ghlamallah dan Duta China di negara ini, Liu Yuhe hadir bagi menyempurnakan upacara perletakan batu asas pembinaan projek tersebut, di sini pada 21/05/2012.
"Pembinaan bangunan ini (masjid) menjadi mercu tanda baru hubungan Sino-Algeria yang sudah lama terjalin," kata Ghlamallah merujuk kepada hubungan bersejarah antara kedua-dua negara.
Kompleks masjid tersebut mengandungi menara paling tinggi di benua Afrika, dengan ketinggian 270 meter atau bersamaan ketinggian Menara Eiffel di Paris. Menara setinggi 25 tingkat itu dan dilengkapi lapan buah lif untuk membawa pengunjung ke tingkat paling atas, yang membolehkan pengunjung menyaksikan pemandangan Teluk Algiers.
Masjid itu turut dilengkapi sebuah perpustakaan yang boleh memuatkan 2,000 kerusi, sebuah muzium kesenian dan sebuah pusat penyelidikan. - AFP
Sumber: Utusan
Labels:
Luar Negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan