24 Mei 2012

Nilai Refleksi Cermin


CERMIN bermotif flora seperti ini bukan sahaja menawan dari aspek bentuk malah membantu memantulkan cahaya.

Lazimnya, sesebuah ruang yang kecil boleh diberikan efek pembesaran dengan hanya menggantung sebingkai cermin. Muslihat itu kini menjadi trend dan tradisi dalam gaya hiasan kediaman.

Sebenarnya, cermin mempunyai pelbagai sentuhan rekaan untuk diterapkan dalam sesebuah ruang, terutamanya rumah. Selain refleks ilusi ruang, ia turut memantul semula imej sesebuah objek dengan bantuan cahaya dari arah bertentangan.

Dengan menganalisis secara lebih teliti tentang kedudukan cermin di dalam kediaman, ia dapat mengubah seluruh pandangan rumah atau barangan dalam rumah. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda menghias penampilan rumah:


1. Letakkan cermin pada dinding bersebelahan sebuah potret kegemaran anda kerana ia akan memantul imej tersebut dan menambah nilai pada ruang.

2 .Gantungkan cermin berhias di sebelah tingkap di bilik yang gelap. Ia akan membenarkan cahaya memantul pada cermin untuk memberi efek cahaya semula jadi pada dinding.

3. Bagi menghasilkan ilusi kedalaman dalam sesebuah bilik, cat sebelah dinding dalam warna gelap dan warna kontra pada dinding yang satu lagi. Kemudian gantung cermin berhias pada dinding bercat gelap untuk memperlihatkan ilusi kedalaman bilik.

4. Hasil satu ruang masuk yang selesa dengan menggantungkan cermin berbingkai flora pada bahagian atas. Ia akan membantu menghasilkan efek cahaya pada pintu masuk.


CERMIN berbingkai sarat atau ranggi seperti ini mampu menambah nilai artistik ruang.

5. Luaskan ruang makan yang sempit dengan menggantung cermin berbingkai sarat pada dinding. Ia akan membantu ruang tersebut kelihatan lebih besar dan terang.

6. Jika anda menempatkan lampu berdiri pada mana-mana sudut ruang, gantungkan cermin berbingkai cantik berhadapan dengannya. Ia mampu memberikan efek tersendiri.

7. Anda juga boleh menggantung beberapa cermin kecil dalam pelbagai saiz dan bentuk sebagai penghias dinding.

8. Aturkan beberapa cermin di belakang tempat letak buku untuk efek kedalaman.

9. Di bilik dapur pula, gantung cermin pada bahagian atas rak menyediakan makanan. Selain efek pencahayaan tambahan, ia juga akan membantu anda mengawasi bilik dapur denga mudah.

10. Letakkan cermin yang direka khas di atas perabot lama atau pada perabot yang kurang menarik. Ia juga boleh dilakukan pada mana-mana item di rumah yang lain seperti meja kopi, alas meja dan meja makan. Cermin rekaan khas akan berupaya mengubah pandangan perabot tersebut. – NIZHA PERIASWAMY

Sumber: Kosmo

3 comments:

Unknown berkata...

cermin pon boleh d jdikan hasil seni kan

ch000tz berkata...

cantek gak kannn....

eyh koding! apsal plak takleh nak komen kat SB....org lain okay jer......guna browser apa?

caliph shuriken berkata...

kena pilih saiz cermin yg sesuai jgak kn ^^