20 Mei 2012
Kelantan Juara Baru Piala FA Malaysia 2012
KETUA pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi, pemain dan pegawai pasukan Kelantan menjulang Piala FA.
Kelantan Akhiri Penantian 22 Tahun.
Pasukan Bola Sepak Kelantan mengukir sejarah apabila berjaya menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjulang Piala FA buat kali pertama, setelah menewaskan pasukan berstatus kelab, Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu, 19 Mei 2012.
Beraksi di hadapan kira-kira 85,000 penonton (termasuk kira-kira 67,000 penyokong setia The Red Warriors), pasukan yang terkenal dengan gelaran 'The Red Warriors' nyata pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan apabila berjaya menghasilkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-58. Sepakan penalti itu disempurnakan dengan baik oleh penyerang import dari Lebanon, Mohammed Ghaddar. [BERNAMA]
BARISAN pemain Kelantan menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam sebagai persiapan terakhir menentang Sime Darby pada final Piala FA.
Kelantan memang hebat.
Trofi Piala FA yang dimenangi itu melengkapkan rekod kejuaraan Kelantan yang telah pun memenangi Piala Malaysia pada 2009 dan Liga Super musim 2011 lalu.
Tambah manis, Kelantan muncul pasukan pertama menjulang trofi baru Piala FA bernilai RM80,000 yang diperkenalkan tahun 2012 ini, yang lebih ringan iaitu 4.5 kilogram berbanding 13 kilogram sebelum ini. [Utusan]
Rekod setakat ini mencatatkan pasukan Kelantan hanya tewas sekali dalam 18 perlawanan dan berada di tangga kedua Liga Super. Bagi membuktikan lagi kehebatan yang ada pada skuad The Red Warriors, mereka berjaya mara ke pusingan kedua Piala AFC.
Segalanya nampak cukup baik dan sempurna perjalanan The Red Warriors untuk mencipta sejarah baharu bola sepak negeri Cik Siti Wan Kembang ini, selain menambah koleksi piala yang sudah berada di dalam simpanan.
Kali ketiga beraksi di pentas akhir Piala FA malam ini, ia merupakan peluang terbaik buat Kelantan menghapuskan badi selepas tewas kepada Selangor pada musim 2009 dan Terengganu tahun 2011 lalu. [Kosmo].
Pada 2009, Kelantan tewas 1-4 kepada Selangor pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.
Musim lalu, Kelantan terus kempunan mendakap Piala FA apabila tewas 1-2 kepada jiran tetangga, Terengganu pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional, Bukit Jalil. [Kosmo]
Medan menebus kekecewaan
PERLAWANAN akhir Piala FA kali ini menjadi medan terbaik buat Kelantan menebus kekecewaan selepas tewas dalam dua aksi final sebelum ini iaitu pada musim 2009 dan 2011.
Penggempur sensasi The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha berkata, pertembungan antara Kelantan dan Sime Darby kali ini dianggap seimbang biarpun pasukan lawan itu hanya berstatus kelab namun keupayaan menumbangkan beberapa pasukan pilihan dianggap sesuatu yang tidak boleh dipandang mudah.
"Saya tidak melihat ia sebagai sesuatu yang mudah kerana kita tidak pernah bertemu dengan Sime Darby. Jadi, kita tidak tahu kekuatan, cara mereka bermain. Saya anggap mereka berbahaya." katanya lagi. [Kosmo]
Menentang Sime Darby Antara Tersukar Musim Ini
GHADDAR (kiri) dicabar kapten Sime Darby, Es Lizuan Zahid pada aksi final Piala FA 2012
Jurulatih Kelantan Bojan Hodak menyifatkan perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara yang tersukar dihadapi beliau musim ini.
Beliau yang tetap berpuas hati dengan kemenangan tipis pasukan 'The Red Warriors' itu, berkata kemenangan malam ini merupakan satu hadiah yang paling bermakna untuk rakyat Kelantan.
"Walaupun kita mencatatkan kemenangan tipis namun ia bukan penting bagi saya kerana apa yang lebih penting adalah membawa Kelantan merealisasikan harapan rakyat Kelantan yang dahagakan kejayaan Piala FA buat kali pertama," katanya kepada pemberita selepas perlawanan Sabtu malam.
Pasukan Kelantan menamatkan penantian selama 22 tahun sejak piala tersebut mula diperkenalkan pada 1990 selepas mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 ke atas wakil kelab Lembah Klang itu. [BERNAMA]
KAFA beri imbuhan RM500,000 kepada pemain
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memberi imbuhan keseluruhan sebanyak RM500,000 kepada semua pemain sempena kemenangan Kelantan menjulang Piala FA.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM300,000 akan diberi secara tunai manakala bakinya dalam bentuk pakej percutian.
"Kita akan beri bonus tersebut dalam masa terdekat ini kepada pemain," katanya. [Utusan]
Kehebatan Sime Darby FC
Apa jua keputusan pada hari ini, pasukan berstatus kelab, Sime Darby perlu berbangga mampu mara sejauh ini kerana tiada siapa menjangkakan sebuah skuad yang baru ditubuhkan dua tahun mampu beraksi di perlawanan akhir Piala FA. Sime Darby mara buat julung kali dengan rekod baru sebagai kelab pertama beraksi di final Piala FA.
Satu persatu pasukan dari Liga Super dapat ditumbangkan oleh skuad bimbingan Ismail Zakaria ini, bermula dengan Sabah pada pusingan pertama sebelum turun menentang pasukan Liga Perdana, USM FC untuk mara ke suku akhir. [Utusan]
p/s: Tahniah kepada ketua pasukan Sime Darby Es Lizuan yang diumum sebagai pemain terbaik perlawanan.
Labels:
Sukan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 comments:
tahniah kpd kelantan ^^
tahniah kelate
tahniah kepada kelantan :)
Tahniah!!
klate terbaik.negeri i tuh!
Catat Ulasan