Nuff Atas

17 Mei 2012

Keunggulan Cheng Ho



LAKSAMANA Cheng Ho yang begitu sinonim dengan Melaka bukan sahaja hebat dalam dunia pelayaran, namun mempunyai kepakaran tinggi dalam menjayakan hubungan diplomatik. Di kepulauan Nusantara hingga ke Afrika, keperibadian Cheng Ho dikenali kerana banyak membantu kawasan-kawasan yang dilawatinya.

Cheng Ho merupakan seorang Islam yang taat dengan ajaran agama belayar bersama-sama ribuan anak kapal di bawah jagaannya yang berlainan agama dan bangsa dalam tempoh 1405 hingga 1433. Ciri-ciri kepimpinan ini menjadikan beliau sebagai seorang pelayar yang hebat mengatasi pelayar-pelayar tersohor Barat.



Perbandingan saiz kapal Cheng Ho dengan kapal Columbus St. Maria

Sebenarnya, Cheng Ho telah membelah lautan 90 tahun awal sebelum pelayar terkenal Eropah seperti Christopher Columbus (memulakan pelayaran pada 1492) dan James Cook belajar ilmu pelayaran. Nama sebenar Cheng Ho adalah Ma He atau Muhammad He sebelum beliau dikurniakan darjah kebesaran oleh Dinasti Ming yang memberi gelaran Zheng He.

Pelayaran yang lebih kepada hubungan diplomatik itu membawa kepada mengeratkan hubungan dua negara serta perdagangan dan perniagaan. Bukan seperti pelayar-pelayar Eropah yang mahu menjajah dan mengeksploitasi sumber dan hasil bumi di tempat yang mereka lawati.



Keterangan Gambar:
Patung Laksamana Cheng Ho ini boleh disaksikan di Tokong Sampo, Bukit Cina, Melaka, manakala replika armadanya yang disertai 300 kapal bersama lebih 25,000 anak kapal dipamerkan di Muzium Budaya Cheng Ho, Banda Hilir Melaka.

Sumber: Utusan

5 comments:

yusuflaili(Goku) berkata...

salam;
pelayar islam berbangsa cina yang aggung..

teha berkata...

nice sharing :)

Aishah Jahirah berkata...

sejarah ni....:)

Puteri Kasih berkata...

sejarah pelayaran yang terkenal

caliph shuriken berkata...

nice sharing.. pnah baca info cmni dulu ^^