ANAK KAMPUNG ~ JIMMY PALIKAT
Anak Kampung ~ Versi Jawapan Perempuan
Rakyat Malaysia secara umumnya mempunyai sifat merendah diri yang ketara. Dalam masyarakat Melayu misalnya, semakin merendah diri, semakin dipandang tinggi, tandanya semakin beradab.
Selain itu kita sering kali diperingatkan supaya tidak mengikut rasmi ayam, telur sebiji riuh sekampung. Apatah lagi berlagak seperti `tin kosong'. Ikut rasmi padi, semakin tunduk semakin berisi.
Dalam kehidupan harian kita juga kerap memohon maaf sebelum berbuat sesuatu, atau memula bicara kerana mungkin ada kelemahan atau kesilapan nanti. Malah sudah menjadi prosedur rasmi dalam mana-mana majlis diakhiri dengan kata-kata stereotaip pengerusi atau pengacara majlis memohon maaf terhadap apa saja kepincangan pada majlis itu, walaupun hakikatnya sangat cemerlang.
Justeru, sifat merendah diri atau tawaduk itu membuatkan kita jarang menonjolkan kehebatan diri. Kita selalunya 'beralas' dalam mengemukakan sesuatu pendapat atau idea. [Zonfiniti]
0 comments:
Catat Ulasan