Subhanallah...
Fenomena alam yang sangat menakjubkan.
Dengan kemajuan teknologi, anda tidak lagi perlu memandang terus ke arah Matahari untuk melihat gerhana Matahari atau yang terkini melihat fenomena lintasan Zuhrah pada matahari. (Klik baca lebih lanjut untuk melihatnya)
IMEJ oleh NASA menunjukkan Planet Zuhrah (bintik hitam, atas kiri) melintasi matahari kelmarin.
Penduduk di seluruh dunia memandang ke langit pada waktu siang dan awal petang 6 Jun 2012 di Asia untuk melihat transit Zuhrah. Keajaiban alam tersebut berikutnya hanya akan berlaku lagi dalam tempoh 105 tahun akan datang.
Transit Zuhrah terjadi apabila planet berkenaan melintasi di antara Bumi dan Matahari. Penduduk Bumi dapat melihat planet berkenaan sebagai satu bintik hitam kecil pada permukaan matahari. Transit berkenaan berlaku selama 6 jam 40 minit bermula selepas pukul 6 petang di AS.
Mereka yang berada di Amerika Utara dan Tengah akan dapat melihat keseluruhan fenomena itu manakala penduduk di barat Asia, timur Afrika dan sebahagian besar Eropah pula akan dapat menyaksikan penghujung transit Zuhrah apabila matahari terbit.
Di Hawaii, Alaska, timur Australia dan Asia termasuk Jepun, Semenanjung Korea dan timur China, orang ramai dapat memerhatikan keseluruhan transit Zuhrah kerana fenomena itu berlaku pada siang hari.
Planet Zuhrah atau Kejora atau Venus melintasi Matahari yang bersinar menyala-nyala.
Mereka yang tidak memiliki teleskop bersama penapis khas memilih untuk menyaksikan fenomena itu di laman web Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA). Laman web tersebut mencatat hampir 2 juta penonton kelmarin dengan sekitar 90,000 orang melayarinya pada sesuatu masa.
Kali terakhir transit Zuhrah berlaku adalah 130 tahun lalu pada 1882. Transit Zuhrah berikutnya hanya akan berlaku pada tahun 2117.
Transit Zuhrah sebagaimana dilihat di Sabah pada jam10:37 pagi
Gambar Transit Zuhrah yang pertama oleh NASA
Namun, orang awam yang mahu melihat transit Zuhrah dinasihatkan supaya memakai kaca mata khas atau teleskop dilengkapi penapis cahaya. Ini kerana perbuatan memandang pada tempoh yang lama ke arah matahari akan merosakkan retina mata.
Ketika gerhana matahari berlaku pada 1970, sebanyak 145 kes retina rosak dilaporkan di AS akibat perbuatan memandang ke arah bintang tersebut tanpa sebarang peralatan keselamatan.
Sumber: Kosmo
6 comments:
nice sharing :)
Masya Allah... Ciptaan-Nya yang menakjubkan.
Saya pernah baca sebuah hadis yang mengatakan planet Zuhrah sebenarnya seorang wanita yang dihukum kerana mengganggu Harut dan Marut. Cuba google kisah ini... sangat menarik untuk dibaca.
Lihat sini : http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/01/08/kisah-harut-dan-marut/
kejadian Allah yang menakjubkan.. Maha suci Allah..
mantap ulasannya,.. sayang pas kejadian tempatku mendung.. jadi ga bisa liat langsung
sangat menakjubkan dan memukau
Masyaallah..
sungguh besar kekuasaanmu Ya Allah..
terima kasih sharing disini
hopefully anda akan terus menulis
Catat Ulasan