02 Jun 2012

Transit Planet Zuhrah Melintasi Matahari

Subhanallah...
Maha Kuasa Allah, yang menciptakan segala sesuatu dan mengatur perjalanan segala bintang-bintang dan planet-planet mengikut ketetapanNya...



Zuhrah lintasi matahari 6 Jun 2012

Orang ramai di negara ini dijangka berpeluang melihat fenomena lintasan planet zuhrah dengan matahari pada 6 Jun ini, iaitu fenomena yang tidak akan berulang sehingga tempoh 105 tahun akan datang.  Pergerakan mengorbit ini, planet Zuhrah akan berada pada kedudukan sejajar atau satu garisan dengan Bumi dan matahari.

Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Dr Baharrudin Zainal, berkata fenomena unik itu membolehkan orang ramai melihat planet berkenaan pada saiz yang sama dengan bumi pada jarak kedudukan 42 juta kilometer (km) dari bumi.

Katanya, ia juga membolehkan orang ramai melihat planet zuhrah yang turut dikenali sebagai kejora dalam keadaan gelap. Dengan saiz Zuhrah 1/32 berbanding matahari, planet Zuhrah hanya menutup tiga peratus dari keseluruhan permukaan matahari tetapi tidak menjejaskan bentuk dan cahayanya.


"Berikutan saiz planet zuhrah hampir sama dengan bumi, planet itu diumpamakan sebagai ‘saudara kembar bumi. Apabila kita melihat planet zuhrah dalam keadaan ‘bulatan hitam kecil’ sedang melintas di permukaan matahari, kita bagaikan melihat ‘begitulah kerdilnya bumi yang kita huni’ dari kedudukan 42 juta km", katanya.

"Fenomena lintasan planet ini pastinya mengimbau rasa takjub terhadap perjalanan alam semesta yang harmoni," ujarnya.

Berdasarkan hitungan falak, sentuhan planet zuhrah dengan matahari dijangka berlaku kira-kira jam 6.10 pagi dengan bentuk planet itu mula kelihatan sepenuhnya di permukaan matahari kira-kira 18 minit kemudian.


Keseluruhan Fasa Transit Zuhrah 6 Jun 2012 [Sumber: angkasa.gov.my]

“Pada waktu itu (6.10 pagi) hanya pemerhati di pantai timur Sabah dan Sarawak berpeluang melihatnya. Bagi pencerap di Pantai Timur Semenanjung, matahari hanya akan terbit jam 6.54 pagi.

Sentuhan pertama apabila planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari. Kira-kira jam 9.30 pagi, planet zuhrah yang dilihat dalam bentuk ‘bulatan hitam’ sudah berada di tengah laluan rentasannya. Sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari.

“Bagi masyarakat awam, fenomena lintasan planet zuhrah ini mengimbau rasa takjub terhadap alam semesta yang harmoni sebagaimana dicatatkan dalam al-Quran. Orang ramai tidak seharusnya melepaskan peluang menyaksikan fenomena ini yang tidak akan berulang sehingga 105 tahun akan datang,” katanya.

Di Kuala Terengganu, orang awam boleh menyaksikan fenomena itu mulai jam 8.30 pagi hingga 12.45 tengah hari pada 6 Jun ini, di tempat letak kereta Lapang Sasar Memanah, UnisZA Kampus Gong Badak, manakala di kawasan lain, orang ramai boleh mengunjungi pusat cerapan di kawasan masing-masing.


Geometri Transit Zuhrah [Sumber: angkasa.gov.my]

“Fenomena ini hanya boleh dilihat menggunakan peralatan teleskop lengkap dengan penebat khas matahari (penapis suria). Justeru, orang ramai boleh berada di tempat cerapan yang diadakan pelbagai agensi di seluruh negara,” katanya.

Fenomena itu berlaku apabila planet zuhrah yang mengambil masa selama 0.6 tahun (225 hari bumi) untuk mengelilingi matahari, akan berada pada kedudukan sejajar dengan bumi dan matahari mengikut tempoh ulangan berkenaan.

Penjajaran itu dinamakan ‘ijtimak dalaman’ dan disebabkan orbit planet zuhrah dengan satah bumi-matahari condong pada sudut tertentu, kedudukan satah matahari, bumi dan planet ketika penjajaran ini tidak sentiasa sama.

Sumber: BHarianBERNAMA dan Utusan

8 comments:

AZMI KHAN berkata...

kena tgk nie....
bkn selalu dpt peluang begini....

misyamissyou berkata...

wow..nasib la xde teleskop sendiri..bertuah la sapa yg dpt tgk..

Tinta Lana berkata...

Salam koding..

salu kan, bila benda cmni nak berlaku, dalam hati berkobar2 nk tgk. sekali, bila dah smpai tarikhnya..lupa sudah,ehehe

Karen Monica berkata...

wah kalaulah dpt peluang untuk melihatnya

Unknown berkata...

menarik lah, kena tengok ni..

caliph shuriken berkata...

tgk jaa perkataan transit tu trus tingat kt LRT, erkk...

Amani berkata...

Subhanallah , apakah nama lain bgi planet zuhrah ?

velvet yuki berkata...

@cik amani..name lain zuhrah ialah kejora..:))