03 Jun 2012

Sistem Suria (Solar System)

'Ultraman, Zorro, Bersatu, Menentang, Musuh, Zuhal, Untuk, Naik, Pangkat......'
Demikianlah ayat yang pernah aku gunakan untuk mengingat nama-nama planet yang terdapat dalam Sistem Suria mengikut susunannya.

Isteri aku pula memaklumkan ayat hafalannya iaitu 'U Kata Beruk Macam Monyet ZUNP ...'
Barangkali anda juga mempunyai ayat yang lain untuk mengingatinya...


Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto

Sistem Suria (B. Inggeris: Solar System) terdiri dari Matahari dan objek selestial yang terikat kepadanya dengan graviti. Objek ini adalah lapan planet dan 166 bulan mereka yang diketahui, empat planet kerdil dan berbillion dari anggota kecil, termasuk asteroid, objek berais jalur Kuiper, komet, meteroid, dan debu Antaraplanetari.

Secara umum, rantau bercarta dari Sistem Suria ialah Matahari, empat planet terestrial dalaman, jalur asteroid, empat planet gas gergasi luaran, jalur Kuiper, cakera bertaburan, dan yang unggulnya kemungkinan hipotesisnya awan Oort.



Maklumat Ringkas Berkaitan Planet-Planet Dalam Sistem Suria.

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) mentakrifkan semula maksud "planet" dalam sistem suria sebagai:
a). mempunyai orbit yang mengelilingi Matahari
b). mempunyai jisim yang cukup untuk mencapai bentuk keseimbangan hidrostatik (hampir bulat)
c). melepasi (tidak bersilang) orbit planet jiran.

Badan bukan satelit yang memenuhi dua syarat pertama digelar "planet kerdil", manakala badan bukan satelit lain (cuma memenuhi syarat pertama) dipanggil "badan sistem suria kecil" (dulu planet minor).

Menurut takrifan ini, kini terdapat lapan planet dan lima planet kerdil dalam sistem suria. Susunan 8 Planet mengikut jarak mereka dari Matahari ialah: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

Lima anggota planet-planet kerdil yang dikenal pasti:
1. Ceres - ditemui pada 1 Januari 1801, asalnya dianggap planet, kemudian dikelaskan semula sebagai planet kerdil pada 13 September 2006.
2. Pluto - ditemui pada 18 Februari 1930, asalnya dianggap planet, kemudian dikelaskan semula sebagai planet kerdil pada 24 Ogos 2006.
3. Eris – ditemui pada 5 Januari 2005 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 13 September 2006.
4. Makemake – ditemui pada 31 Mac 2005 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 11 Julai 2008.
5. Haumea – ditemui pada 28 Disember 2004 dan disahkan sebagai planet kerdil pada 17 September 2008.

Sumber: Wikipedia

6 comments:

Unknown berkata...

ada lagi kot planet yg baru2

uncle berkata...

bagus info..dulu masa sekolah..uncle amat payah nak ingat nama planet..mmg time kalau subjek sains..selalu kena berdiri atas bangku hahaha

caliph shuriken berkata...

wktu zaman skolah sy pun hafal nama2 planet ikut susunan lebih kurang cmtu laa, hikk...

Tinta Lana berkata...

Salam.

Tak salah lana, bebaru ni,jumpa planet baru,selepas pluto kan. Tapi nama ia, tak tau..nama ia ada kod2. tak mcm planet2 yg kita tahu skrg ni.

#zmn sekolah lu, pi national libry sbb nk pnjm buku2 pasal astronomi..nak beli tak mampu..huhu..

Chic Na berkata...

tak pernah hafal nama2 planet. cuma yg sy tau bumi berada di tgh2 antara venus & mars. tu pun sbb baca buku 'Men are from mars, Women are from venus'. :)

yusuflaili(Goku) berkata...

tak hafal lagi dah sistem suria ni...terpaksa kena tanya bali dengan Ultraman atau suria baja hitam ni.