Nuff Atas

05 Ogos 2012

Berbasikal Senaman Paling Baik


BERBASIKAL merupakan senaman pilihan di kebanyakan negara maju sekarang.

SUKAN berbasikal menjadi pilihan popular di banyak negara maju. Bagaimanapun, berapa baguskah aktiviti itu untuk kesihatan lebih-lebih lagi apabila anda sudah lama tidak bersenam? Adakah renang atau gimnastik yang mempunyai bermacam-macam pergerakan merupakan alternatif yang lebih baik?

Jika dihitung dari segi jumlah kalori yang dibakar, berbasikal belum cukup ideal.

"Kalau membandingkan antara berlari dengan berbasikal dengan intensiti yang sama tinggi, berlari membakar lebih banyak kalori kerana anda harus memindahkan tenaga secara terus-menerus. Namun, ini seperti membandingkan epal dengan jeruk," kata Prof. Jamie Timmons daripada Universiti Loughborough di Britain.


Hanya membandingkan jumlah kalori yang dibakar untuk menentukan jenis senaman yang anda pilih tetapi mengabaikan kesan menyeluruh senaman itu ke atas tubuh, bukanlah satu pilihan yang bijak.

Berlari mungkin lebih baik untuk menggerakkan tubuh secara terus-menerus. Tetapi itu juga bermakna semua sendi akan menerima beban hentakan tanpa henti. Semakin berat tubuh anda, semakin berat juga sendi anda menerima hentakan.

Timmons mengatakan itulah sebabnya mengapa berbasikal iaitu sejenis senaman rendah hentakan, menjadi pilihan tepat untuk mereka yang baru bersenam kembali. Kira-kira 70 peratus berat tubuh disalurkan kepada tayar basikal berbanding pergelangan kaki.

"Anda boleh melakukan senaman berbasikal secara maksimum dan menghindari kecederaan kerana tubuh anda tidak menghentak ke bawah," terang Timmons.

Dr. Simon Kemp, daripada Fakulti Sukan dan Ubat-ubatan sebuah universiti di Britain merupakan seorang penggemar basikal dan mampu mengayuh sehingga 150 kilometer tanpa masalah.

Dia mengatakan, salah satu keunggulan basikal ialah anda boleh memperbaiki teknik kayuhan tanpa memerlukan usaha yang banyak.

"Anda boleh berulang-alik ke tempat kerja dengan mudah yang intensitinya cukup rendah iaitu hanya menggunakan sekitar 60 peratus degupan jantung."

Tentu sahaja segala macam bentuk sukan membantu meningkatkan tahap kesihatan. Tetapi kajian membuktikan berbasikal dikatakan paling baik.

Satu penyelidikan selama 15 tahun ke atas 30,640 orang yang tinggal di Copenhagen, Denmark menunjukkan mereka yang tidak berbasikal, 39 peratus berkemungkinan meninggal dunia lebih cepat.

Kemp berkata: "Ada bukti bahawa mereka yang mempunyai badan yang tidak cergas berisiko lebih tinggi untuk mati akibat penyakit kardiovaskular."

Berbasikal merupakan bentuk senaman yang paling mudah dibuat. Berbeza daripada renang dan angkat beban, misalnya, yang memerlukan individu terbabit pergi ke kolam renang atau gimnasium.

Namun begitu, berbasikal bukan tiada risiko. Kemp mendedahkan terlalu banyak berbasikal boleh membuatkan kawasan sekitar alat kelamin hilang rasa sensitifnya manakala bilangan sperma berkurangan.

Sumber: Kosmo

9 comments:

yusuflaili(Goku) berkata...

salam;
semua benda ada buruk dan baiknya!!.

tirahzairi berkata...

dh lme xbebasikal..huhu

khairul berkata...

saya pon naik beskal jjuga ..racing bike mcm pic kat atas tu

syiela berkata...

tak sempat nak berbasikal bila ada twin ni..huhuh jogging dalam rumah je :)

caliph shuriken berkata...

dh lama x kayuh2 ni, erkk...

Secrets of A Teenage Girl berkata...

dah lama tak buat senaman..
suka sgt berbasikal ni..

Puteri Kasih berkata...

jom berbasikal :) hehe

zana berkata...

da lama x berbasikal huhu..

onn Lajer berkata...

Tapi lagi baik berbasikal dari dok melepak sahaja betul tak