Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya berwaspada dan berhati-hati terhadap pihak yang menyamar sebagai pasukan kerja TNB atau kontraktor TNB.
Kakitangan TNB atau pasukan kerja TNB akan hanya memasuki halaman rumah pengguna dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kuasa (kad pengenalan diri sebagai pekerja TNB yang memaparkan gambar anggota kerja beserta nombor kad pengenalan dan nombor pekerja), ketika mahu memeriksa meter di halaman rumah penghuni.
Menurut TNB, anggota kerja atau kontraktor TNB yang sebenar diwajibkan berpakaian seragam syarikat berupa kemeja-T bewarna merah dengan logo TNB, serta berjaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota kerja tersebut, ketika menjalankan tugas di premis pengguna.
Pemeriksaan hanya akan dibuat setakat di meter sahaja (iaitu di luar rumah) dan tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB.
Pengguna diminta segera menghubungi pejabat TNB berdekatan sekiranya didatangi pihak mencurigakan yang mendakwa sebagai pasukan kerja TNB.
Pada Ogos 2012, satu kes samun di Johor Bahru telah dilakukan oleh dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja TNB.
Akhbar pada 16 Mei, 2013 pula melaporkan penjenayah menyamar sebagai pegawai TNB menyamun kediaman warga emas selepas berpura-pura memeriksa perkakasan elektrik di rumah mangsa.
2 comments:
nice info .
Tengs for sharing :)
selamat hari raya koding :)... haa aaa tadi kawan ofis baru alert aku pasal ni... ish susah tul la... makin menjadi2 jenayah mcm ni...
Catat Ulasan