13 September 2012
Anoreksia Dan Bulima Nervosa
WANITA sememang sangat sensitif terhadap penampilan mereka. Setiap daripada mereka mahu kelihatan cantik dan penampilan menarik bagi memikat si lelaki.
Pelbagai cara dilakukan, ada antara mereka yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kelihatan cantik, membeli hiasan diri malah juga mengamalkan diet untuk mendapat postur badan yang diingini.
Bagi mereka mempunyai badan agak berisi, tidak mengapa untuk mengamalkan diet tetapi perlu berhati-hati kerana kamu mungkin akan menjadi obses terhadap bentuk dan berat badan kamu.
Akibat terlalu obses, wanita sering kali merasakan diri mereka mempunyai masalah kegemukan walhal di mata lelaki ia tidak begitu.
Hal ini mendorong kepada wanita itu untuk melakukan diet yang berbahaya semata-mata untuk mendapat bentuk badan ideal walaupun sebenarnya badan mereka sudah kurus.
Berhati-hatilah kerana jika kamu terlampau obses untuk diet, tanpa disedari kamu mungkin mengalami salah satu daripada penyakit ini iaitu Anoreksia atau Bulima Nervosa.
GEJALA penyakit ini hadir apabila seseorang menahan selera makan atau mengawal gaya pemakanan mereka.
Hakikatnya, penderita anoreksia sebenarnya sedar mereka mengalami kelaparan namun risau untuk makan kerana tidak mahu penambahan berat badan.
Akibat daripada gaya pemakanan begini, pesakit akan cepat rasa kenyang dan mual walaupun mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
Ia sangat berbahaya kerana badan akan mengalami kekurangan sumber tenaga diperlukan untuk berfungsi dengan sempurna.
Akibat daripada kekurangan sumber tenaga yang diperlukan oleh badan, ia boleh membahayakan pesakit sehingga menyebabkan kematian.
Dianggarkan satu daripada 10 orang meninggal dunia akibat penyakit ini sehingga ada yang sanggup membunuh diri.
MEREKA yang terlampau obses untuk kurus sehingga menghidapi anoreksia. - Gambar hiasan
PESAKIT yang mengalami bulimia berbeza dengan pesakit anoreksia. Walaupun pada dasarnya pesakit bulimia juga mahukan tubuh badan ideal tetapi pendekatan mereka berbeza.
Pesakit bulimia tidak akan menahan selera makan mereka sebaliknya mereka akan makan apa sahaja yang mereka inginkan. Tiada sekatan.
Malah, ada juga yang makan secara berlebihan untuk memuaskan nafsu makan mereka.
Namun, setelah makan, mereka akan memuntahkan kembali apa yang dimakan tadi untuk menghindar sisa makan mereka bertukar lemak di dalam badan.
Ini juga sesuatu yang berbahaya kerana sukar untuk mereka mendapatkan tenaga sekiranya mereka memuntahkan kembali makanan yang sudah dicerna dimuntahkan kembali.
Akibatnya, tubuh akan menjadi lemah dan akhirnya mengurangkan jumlah tenaga yang ada di dalam badan kerana semua makanan yang ada sudah dimuntahkan.
Kesan Daripada Anoreksia atau Bulima:
* Gangguan degupan jantung
* Hormon terjejas
* Gangguan kitaran haid
* Kemandulan
* Tulang rapuh
* Gangguan sistem saraf
* Bahan galian tidak seimbang
* Hilang selera makan
* Luka pada kerongkong dan keracunan saluran kerana sering memuntahkan makanan
* Rosak gigi dan gusi akibat kesan asid perut dalam badan yang dimuntahkan
* Dehidrasi badan
* Tidak bermaya
* Keradangan pada dinding saluran pemakanan
* Sembelit
* Kematian
* Dapatkan nasihat pakar mengenai pola makanan seimbang.
* Melakukan rutin senaman setiap hari.
* Waktu tidur yang terkawal dan mencukupi.
* Tidak mengambil ubat yang tidak perlu seperti pelangsing badan.
* Makan secukupnya untuk mengimbangi tenaga dalam badan.
Sumber: Utusan
Labels:
Kesihatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan