23 September 2012

Pudu Sentral Kini UTC Kuala Lumpur


Pudu Sentral kini dikenali UTC Kuala Lumpur

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bangunan Pudu Sentral yang dahulunya dikenali sebagai Puduraya dan kini ditukar lagi menjadi Bangunan UTC Kuala Lumpur pada 22 September 2012.

Bangunan empat tingkat itu yang merupakan UTC kedua di negara ini menempatkan 39 jabatan kerajaan dan swasta serta pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan badan bukan kerajaan (NGO).

Jun 2012 lepas, Najib melancarkan UTC pertama di Jalan Hang Tuah, Melaka yang menempatkan 70 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.

UTC adalah pusat sehenti yang diperkenalkan kerajaan untuk memudahkan masyarakat bandar mendapatkan akses kepada keperluan yang disediakan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transformasi Bandar.




Menerusi UTC itu, warga kota boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayaran zakat, cukai, urusan kad pengenalan selain menyediakan tempat rekreasi, seperti 'Wall Climbing', studio Aerobik dan gelanggang futsal.

Sempena majlis pelancaran itu Perdana Menteri turut melancarkan Kedai Buku 1Malaysia yang pertama yang terletak di tingkat 1, bangunan itu.

Kedai itu merupakan kedai utama dengan beberapa cawangan lain bakal dibuka di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Orang ramai berpeluang membeli bahan bacaan terbitan tempatan dan luar negara selain alat tulis pada harga lebih kompetitif berbanding harga pasaran.

Pembukaan kedai buku tersebut diharap dapat menyubur budaya membaca di kalangan rakyat dan berfungsi sebagai 'game changer' dengan bertindak sebagai pemangkin penyatuan antara kaum.


Pusat Transformasi Bandar di Bangunan Pudu Sentral atau Pudu Raya

Lebih Banyak UTC Akan Dibuka 

Kerajaan kini mencari bangunan sesuai di bandar-bandar utama yang lain di negara untuk ditukarkan menjadi Pusat Transformasi Bandar (UTC), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang mencari bangunan yang sedia ada untuk diubahsuai, supaya kos dan tempoh siap pada kadar minimum.

Beliau berkata, kos UTC di Pudu Sentral adalah RM24 juta, termasuk peralatan, yang mengambil masa hanya enam minggu untuk disiapkan.

UTC, dibuka dari jam 8.30 pagi sehingga 10 malam setiap hari termasuk Ahad, adalah antara usaha kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian dengan meletakkan agensi-agensi kerajaan dan swasta di bawah satu bumbung.

Antara 10 kelompok perkhidmatan UTC adalah keselamatan, utiliti, pertubuhan bukan kerajaan, perkhidmatan awam dan perkhidmatan kewangan.

Sumber: BernamaSinar HarianBHarian dan Kosmo

6 comments:

Unknown berkata...

owhh.. ok thanks for the info :)

Jahirah berkata...

makin maju la pudu...hee...UTC mesti banyak program dia nanti..

Unknown berkata...

dh semakin maju...

Unknown berkata...

semalam ada tengok kat berita tv3 =D

Unknown berkata...

pasni ken gelarkan utc..

haih...dasat gak name2 skrg kan..

caliph shuriken berkata...

bgus laa sedia tempat cmni ^^