28 September 2012
Tasbih Kifarah
Apabila selesai sesuatu majlis ilmu, usrah, ceramah, mesyuarat dan sebagainya, pengerusi majlis atau naqibah akan menutup majlis atau usrah dengan ayat seperti berikut:
"Kita tangguhkan majlis kita dengan membaca tasbih kifarah dan surah Al-Asr".
Saya percaya sebahagian besar daripada hadirin dalam majlis tersebut akan hanya membaca surah Al-Asr tetapi tidak mampu membaca tasbih kifarah kerana tidak menguasainya atau mungkin juga tidak mengetahui tentangnya.
Apakah tasbih kifarah?
Kifarah atau kafarah bermaksud penebus. Tasbih kifarah dibaca untuk menebus segala dosa atau kesalahan yang telah kita lakukan semasa majlis ilmu dan usrah tersebut berlangsung. Dengan membaca tasbih kifarah kita berharap agar majlis ilmu atau usrah yang kita ikuti diberkati oleh Allah.
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim iaitu Abu Abdillah dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah radiallahu anha dan ia mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih isnadnya.
Daripada Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada penghabisan sebelum baginda S.A.W. hendak berdiri dari majlis:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
"Maha Suci Engkau ya Allah, dan aku mengucapkan puji-pujian pada-Mu. Aku menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau aku mohon ampun serta bertaubat pada-Mu."
Maka berkata seorang lelaki: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya tuan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah tuan ucapkan sebelum ini."
Baginda bersabda: "Yang demikian itu adalah sebagai kafarah (penebus) daripada apa saja kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan yang ada di dalam majlis itu."
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
maka diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.
Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك
(Subhanakallah humma wabihamdika Asyadu an la ilaha illa anta astaghfiruka waatubu illaik).
"Maha Suci engkau Ya Allah dan aku naik saksi Tiada Tuhan Melainkan Engkaudan aku memohon ampun serta taubat kepadaMu ".
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini.
Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kafarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”
Kredit: Selempangmerah dan Saidahipoh
Labels:
Indahnya Islam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments:
xsemua org taw.....tq utk info ni...
info yg menrik... terimaksih atas perkongsian... mohon share... :D
kebiasaan selepas berakhirnya majlis ilmu, nice sharing ^^
Catat Ulasan