Nuff Atas

14 November 2012

Bahaya Ketagih Permainan Video

Apakah aktiviti yang anda rancangkan untuk anak-anak anda di sepanjang musim cuti sekolah hujung tahun 2012 ini?

Ada banyak perkara yang bermanfaat kepada anak-anak boleh dirancang agar anak-anak menggunakan masa lapang mereka dengan sesuatu aktiviti yang berguna.

Antara aktiviti yang pastinya bermanfaat untuk anak anda adalah penyertaan mereka dalam kem ibadah, kelas hafazan dan kelas fardu ain.

Manakala aktiviti yang perlu dipantau dan dikawal adalah kegilaan anak-anak terhadap permainan video atau permainan komputer. Kenapa aktiviti seperti ini perlu dipantau dan dikawal?


CUTI persekolahan yang panjang tanpa aktiviti berfaedah menyebabkan ramai kanak-kanak asyik dengan permainan video. - Gambar hiasan 

Ketagih bermain permainan video dalam kalangan kanak-kanak terutamanya pada musim cuti persekolahan sekarang salah satu punca mereka mengalami masalah gagal menguasai kemahiran bersosial dan berkomunikasi.

Pensyarah Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Khaidzir Ismail berkata, sindrom itu berlaku akibat kurangnya pendedahan dan pergaulan dengan masyarakat. Mereka juga, katanya, akan menjadi pendiam dan lebih gemar bersendirian.


"Dari segi psikologi, ciri ketagihan permainan video sama seperti ketagihan lain iaitu keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendaki.

"Ketagihan ini boleh membawa kepada masalah lain seperti kemerosotan kesihatan dan pengurusan diri serta masa yang tidak teratur," katanya.

Menurut Khaidzir, faktor yang mendorong ketagihan tersebut berpunca daripada unsur ganjaran dan sikap ingin mencapai tahap tertinggi dalam satu-satu permainan video.

Menurut Khaidzir, selain bermain video di rumah, kesan ketagihan yang sama di kafe siber juga membimbangkan kerana kanak-kanak terdedah kepada kemungkinan terlibat dengan kejadian jenayah seperti samun dan dadah.

"Pengaruh rakan yang turut terlibat dalam hal ini akan menambahkan lagi ketagihan. Adanya dorongan daripada rakan-rakan memburukkan lagi keadaan," ujarnya.

Sebelum ini, pada awal tahun ini seorang remaja mati mengejut di sebuah kafe siber di Taiwan akibat kemaruk bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti.

Bulan lepas, seorang remaja Amerika Syarikat berusia 15 tahun dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas bermain permainan video selama empat hari tanpa henti.

Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Pegawai Psikologi Kanan Universiti Sains Islam Malaysia, Nurhazreen Mohd. Nor berkata, selain kanak-kanak, ia juga memberi kesan buruk kepada orang dewasa.

"Sindrom yang sama boleh menyebabkan tekanan dalam hubungan antara suami isteri kerana kurang rasa hormat antara satu sama lain.

"Oleh kerana terlalu asyik dengan permainan video, suami kurang meluangkan masa berkualiti bersama keluarga," jelasnya.

Justeru, Nurhazreen mengesyorkan supaya ahli keluarga memainkan peranan penting bagi memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mempunyai masalah ketagihan permainan video.

"Dalam sebuah keluarga harus ada seorang yang bertindak sebagai perancang untuk mengembalikan interaksi sesama ahli keluarga termasuk menghentikan tabiat ketagih permainan video," jelasnya.

Oleh MAHFUZ MOHAMAD
Sumber: Kosmo

Luahan hatiku: 

Permainan Komputer Bahaya!!!
Tapi inilah bendanya pun yang anak-anak aku hadap tiap-tiap hari ....
Aku suruh mereka naik basikal, aku suruh pergi main bola ...
Tapi dia main basikal dan main bola yang ada dalam komputer .....
Cuma Alhamdulillah, buat masa ini ianya masih terkawal ...

3 comments:

Ku Syida berkata...

Nasib baik la takde org yg rapat dgn aku yg ketagih main game...Hoho...

ANNA MARIANA berkata...

anna adakala ja suka main game...tpi kekadang nak layan pon malas..

Aishah Jahirah berkata...

4 hari non stop melampaunye main...