24 November 2012

Gerabak Kereta Api Di Tokyo Terlalu Sesak


Suasana di Stesen Kereta Api Tokyo

Suasana bersesak-sesak untuk memasuki gerabak operasi transit aliran ringan (LRT) di Kuala Lumpur setiap kali waktu puncak menyebabkan ramai yang merungut malah menyumpah.

Namun, bayangkan bagaimana perasaan bagi mereka yang tinggal di Tokyo dengan 11 juta orang menggunakan perkhidmatan kereta api laju setiap pagi dengan keadaan di dalam gerabak terlalu sesak, sehinggakan penggunanya sukar bernafas atau bergerak.

Keadaan sesak tersebut dirakamkan oleh seorang jurugambar kelahiran Jerman, Michael Wolf sejak 15 tahun lalu.

Beliau kini menerbitkan edisi ketiga album gambarnya di dalam portfolio bertajuk 'Tokyo Compression' yang merakamkan kesesakan di dalam gerabak perkhidmatan kereta api di bandar raya Tokyo.


Wolf berkata, dia merakam gambar-gambar tersebut dengan berdiri di platform ketika pintu gerabak ditutup.

Tindakan itu membolehkannya merakam pelbagai reaksi daripada subjek yang 'terperangkap' di dalam gerabak tersebut.

Antara reaksi pengguna pengangkutan tersebut yang sempat dirakam ialah menutup mata dan cuba tidak memikirkan keadaan itu, manakala beberapa orang lain kelihatan muka mereka 'ditekan' ke cermin pintu masuk ke gerabak.

Koleksi pertama gambar Wolf dipamerkan pada 2008. - AGENSI









Sumber: Utusan
Sumber Foto: Google Search
Sumber Video: YouTube


Beginilah sesaknya kereta api di Jepun semasa waktu puncak. Walaupun telah penuh sesak tetapi penumpang masih juga berebut-rebut mahu menaikinya. Sehingga terdapat petugas di stesen yang tugasnya menolak penumpang masuk ke dalam kereta api.

1 comments:

Unknown berkata...

dulu masa dok jepun ..tiap2 hari alami situasi mcm ni