Nuff Atas

10 November 2012

Hak Tebus Rugi Barangan Dan Perkhidmatan


Pengguna boleh tebus rugi meskipun ada notis `Pertukaran tidak dibenarkan'

Pengguna berhak untuk mendapatkan tebus rugi terhadap barangan atau perkhidmatan termasuk di premis perniagaan yang mempamerkan notis 'Pertukaran Tidak Dibenarkan' atau 'Tiada Pemulangan' jika barang yang diperoleh tidak memenuhi jaminan sepatutnya.

Antara jaminan yang perlu ada ialah mematuhi aspek kualiti, menepati ciri-ciri yang digambarkan dan mampu berfungsi dengan baik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bermakna peniaga yang meletakkan notis adalah tidak terkecuali daripada tanggungjawab kepada pelanggan yang tidak berpuashati terhadap barangan atau perkhidmatan diberikan.


"Malah peniaga yang meletakkan notis itu juga adalah tidak beretika kerana ia seolah menafikan hak tebus rugi pengguna dan peniaga tidak sepatutnya meletakkan notis sedemikian," katanya mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Tebus Rugi Pengguna.

Akta Perlindungan Pengguna 1999 telah memperuntukkan kepada pengguna mengenai hak tebus rugi.

Beliau berkata, memandangkan kesedaran mengenai tebus rugi di kalangan pembekal, pengilang mahupun pengguna masih kurang, kementerian mengeluarkan garis panduan itu yang antara lain bertujuan memperjelas hak dan tanggungjawab pembekal, pengilang dan pengguna dalam pelaksanaan tebus rugi.

"Hak mendapat tebus rugi bermaksud hak mendapatkan penyelesaian tuntutan atau menerima pampasan bagi barang atau pekhidmatan yang tidak memenuhi jaminan yang dinamakan Gerenti Tersirat dan Gerenti Nyata," katanya.

Ismail Sabri berkata, sebagai contoh jika kasut yang baru dibeli telah patah tumitnya atau meja makan yang dibeli mempunyai kaki meja longgar, pengguna berhak mendapatkan gantian atau pembayaran balik.

Bagaimapun hak untuk mendapatkan tebus rugi adalah tertakluk kepada syarat seperti melaporkan kerosakan barang atau kegagalan perkhidmatan kepada pembekal atau pengilang dalam tempoh masa yang munasabah.

Pengguna juga perlu menyimpan resit atau bukti pembelian, menyimpan waranti, berhenti menggunakan barang yang rosak itu sehingga ia dapat dikembalikan kepada pembekal atau pengilang.

Sekiranya peniaga atau penjual masih enggan mematuhi permintaan pengguna yang mempunyai alasan kukuh dan munasabah, pengguna boleh mengambil tindakan menerusi Tribunal Pengguna, katanya. - BERNAMA

Sumber: BHarian [2012/11/09]

5 comments:

khairul berkata...

rasa2 ramai yg x tau ni

Wen berkata...

wen mohon share ye... tq...

CikZaitul berkata...

wah..biar betul..sekurang2 ye ade lah hak pengguna ni terjamin la pasni..
lama tak singgah sini :)

caliph shuriken berkata...

ada tgk berita ni klmarin...

Puteri Kasih berkata...

elok begini kan..sekurang-kurangnya pengguna ada hak :)