Nuff Atas

20 November 2012

Puting Beliung Air Landa Pantai Batemans Bay


Kejadian Puting beliung air di persisiran pantai di Teluk Batemans, Australia.

Satu kejadian puting beliung air gergasi dilihat di kawasan pantai Teluk Batemans yang terletak sekitar 225 kilometer ke selatan bandar raya Sydney pada 18/11/2012.

Fenomena alam itu terbentuk apabila puting beliung berlaku di atas permukaan laut. Puting beliung air boleh bergerak selaju 128 kilometer sejam (km/j) dengan pusaran anginnya pula bertiup pada kelajuan antara 96 km/j hingga 192 km/j.

Ribut berkenaan boleh menyebabkan kemusnahan besar pada terumbu karang, hidupan marin dan mengancam bot, pesawat serta perenang. Walaupun jarang berlaku di Australia, empat puting beliung air gergasi pernah dilihat di Pantai Avoca di Sydney pada Mei 2011 tahun lalu. - Agensi

Sumber: Kosmo

Waterspout at Batemans Bay

Pada 18 November 2012 puting beliung air (waterspout) berlaku di Batemans Bay di NSW, Australia.

3 comments:

Srikandi permata berkata...

Allahurabbi..kuasa Allah.

Puteri Kasih berkata...

antara bencana alam yang digeruni

khairul berkata...

gerunnya tengaok