12 November 2012

Rumah Kapsul Popular di Wuhan China

Alhamdulillah...
Syukur kerana di Malaysia sewa rumah masih dianggap berpatutan dan masih lagi mampu dibayar oleh kebanyakan penyewanya....

Berbeza keadaan yang berlaku di Wuhan, China....


Untuk Renungan: Bagaimana agaknya jika sebuah keluarga yang mempunyai ahli yang ramai untuk tinggal di rumah yang sebesar ini...

Kadar sewa rumah yang terlampau tinggi mendorong ramai pekerja berkongsi tinggal di bilik-bilik kecil di dalam sebuah bangunan di Wuhan, dalam wilayah Hubei. Setiap bilik kecil itu yang digelar 'rumah kapsul', memiliki keluasan purata cuma 4.5 meter persegi (50 kaki persegi).

Idea tersebut dicetuskan oleh pemilik hartanah tersebut yang membina 55 buah bilik kecil di dalam bangunannya. Setiap bilik kecil tersebut berfungsi sebagai tempat tidur, ruang tamu, bilik mandi dan dapur sekali gus semua dalam satu. Ini bermakna tandas terletak tidak jauh dengan ruang makan.



SEORANG pemuda mandi di dalam rumah kapsul yang disewanya di Wuhan, China.

Penghuninya pula terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya. Walaupun kecil, ramai penyewa menganggap tinggal di rumah kapsul itu berbaloi memandangkan gaji mereka yang rendah berbanding sewa rumah yang amat mahal di Wuhan.

Sumber: Kosmo

0 comments: