11 Januari 2013

Hukuman Jika Bawa Anak Kecil Ke Perhimpunan Demontrasi

Utamakan keselamatan anak-anak ...
Walaupun perhimpunan dirancangkan agar berlangsung secara aman ...
Tetapi banyak berlaku provokasi dalam perhimpunan berunsurkan politik sebegini ...
Dalam perhimpunan sebegini, kita juga tidak mengenali siapa yang terlibat dan berada di sekeliling kita ..
Ada kemungkinannya mereka adalah di kalangan yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan huru-hara ...
Kelak tentu kita akan menyesali tindakan kita membabitkan kanak-kanak, jika berlaku kemungkinan  kecelakaan atau kecederaan terhadap mereka ...


Elakkan dari membawa anak kecil ke perhimpunan seperti ini ~ Gambar Hiasan.

Ibu bapa yang membawa anak-anak kecil dan anak remaja berusia 15 tahun dan ke bawah untuk menyertai perhimpunan yang dianjur pembangkang boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia, Datuk Noraini Mohd. Hashim berkata, ibu bapa atau penjaga dinasihat tidak melibatkan anak-anak di bawah jagaan mereka dalam aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan seperti menyertai perhimpunan haram.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.


Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab akan melindungi dan tidak membahayakan nyawa serta keselamatan kanak-kanak supaya kesejahteraan mereka terjamin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini menasihatkan penganjur dan peserta himpunan itu supaya mematuhi APA.

Beliau berkata menurut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, adalah suatu kesalahan jika menyertai dan menganjur protes jalanan, seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan, kanak–kanak menyertai perhimpunan (bawah 15 tahun), merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan.

Ismail turut menegaskan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda antara RM10,000 dan RM20,000.

Sumber: BERNAMA, KosmoBHarian [11/01/2013], BHarian [12/01/2013]

2 comments:

MyFreeMinded berkata...

Memang tak patut pun bawak anak2 kecil ke perhimpunan segini, memang perancangan penganjur nak buat perhimpunan aman tapi ni kan melibatkan politik, so apa2 boleh terjadi, ada je pihak yang nak menganiayakan pihak lain. :)

biar berkata...

ini bukan perhimpunan haram. tiada apa apa tindakan boleh diambil pada hari ini.