Nuff Atas

07 Februari 2013

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPPIM)


Kerajaan lancar skim pinjaman khas untuk penuntut pengajian tinggi

Kerajaan pada 6 Januari 2013 telah melancarkan skim pinjaman khas untuk pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dikenali sebagai Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPPIM).

Pelancaran dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ketika melancarkannya, Najib berkata, untuk permulaan skim itu boleh didapati menerusi Maybank dan RHB Bank dengan peruntukan RM5 bilion.

Perdana Menteri berkata, skim diperoleh melalui bank atau institusi kewangan dan setakat ini Maybank dan RHB Bank bersetuju menyertai skim berkenaan.


“SPP1M adalah skim top up iaitu bantuan untuk mencukupkan dana perbelanjaan yang dikeluarkan ibu bapa bagi menaja anak-anak mereka yang mungkin tidak memadai,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bentuk pinjaman mahupun biasisiwa, memandangkan kos pendidikan tinggi semakin meningkat sekaligus memberi tekanan kepada ibu bapa terutamanya yang membiayai pendidikan anak secara persendirian.

Katanya, ia disasarkan kepada golongan pertengahan yang mempunyai pendapatan tinggi tetapi tidak mampu menampung pembiayaan pendidikan berikutan peningkatan kos pendidikan, terutama di luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menjelaskan skim itu akan memanfaatkan ramai ibu bapa yang tidak mempunyai dana mencukupi bagi membiaya kos tambahan pendidikan tinggi anak mereka.

Skim itu merupakan kemudahan pinjaman kewangan tambahan kepada pelajar yang memerlukan untuk menamatkan pengajian dengan kadar pinjaman antara RM100,000 hingga RM150,000.

SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu.

"Menyedari keperluan itu kerajaan memperkenalkan SPP1M sebagai dana tambahan dengan jumlah pinjaman dihadkan RM150,000 untuk bidang kepakaran perubatan peringkat ijazah lanjutan dan RM100,000 bagi bidang khusus kritikal dan terpilih iaitu sains dan teknologi," katanya.

Pelajar di universiti tempatan boleh membuat permohonan untuk skim itu mulai April 2013 manakala penuntut program berkembar dan program luar negara mulai Jun 2013.

SPP1M yang dikendalikan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) menawarkan faedah semasa tempoh pengajian dipermodalkan dan pembayaran balik bermula enam bulan selepas tamat pengajian atau akhir pengajian.

Skim terbuka kepada ibu bapa dan individu membiaya kos pengajian tanggungan mereka di dalam atau luar negara dengan kadar faedah lebih rendah daripada pasaran serta bayaran balik selama 15 tahun selepas tamat pengajian atau maksimum 20 tahun jika dibayar ketika mula belajar.

Tempoh jaminan yang diberikan kerajaan tidak terhad dan akan kekal sehingga keseluruhan dana SPP1M yang diperuntukkan berjumlah RM5 bilion daripada institusi kewangan yang terlibat habis dipinjamkan kepada pelajar.

Statistik tahun 2011 menunjukkan seramai 943,548 pelajar dengan 508,256 di institusi pengajian tinggi awam, 482,973 di institusi pengajian tinggi swasta dan 6,319 di kolej komuniti.

Pelajar yang menyambung pengajian di luar negara pula berjumlah 89,686 orang di mana 27,003 adalah di bawah tajaan kerajaan korporat serta agensi lain manakala 62,683 tajaan sendiri.

Sumber:
BHarian Artikel1BHarian Artikel2Kosmo Artikel1BHarian Artikel3Kosmo Artikel 2, Utusan

1 comments:

myfreeminded berkata...

Agak2 tinggi tak interestnya.