Nuff Atas

10 Mac 2013

Semakan Daftar Pemilih (SPR)



Kehangatan menyambut kedatangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah mula terasa dan dapat dilihat di mana-mana sahaja di sekeliling kita. Walaupun Parlimen masih belum dibubarkan sehingga saat entri ini ditulis dan diterbitkan, tetapi bendera-bendera parti yang akan bertanding telah mula dipasang dan semakin rancak dipasang menghiasi kiri dan kanan jalan raya utama sejak beberapa minggu yang lalu.

Demikian juga halnya dengan program-program calon mendekati para pengundi. Berbagai-bagai jenis program dirancangkan untuk membolehkan para calon ini bertemu dengan para pengundi.

Sebagai warganegara Malaysia yang layak mengundi, adakah anda telah sedia maklum tempat di mana anda akan mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) itu nanti?

Jika anda masih belum mengetahui atau masih ragu tentangnya, Suruhanjaya Pilihan Raya ada menyediakan satu laman web yang membolehkan anda menyemak sendiri statuus anda sebagai pemilih.


Sila Klik http://daftarj.spr.gov.my/ untuk pergi ke laman tersebut. Anda akan dibawa ke paparan sebagaimana yang berikut:



Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-), kemudian tekan butang 'Semak'.
Anda akan dibawa kepada maklumat 'Daftar Pemilih Yang telah Disahkan' sebagaimana contoh yang berikut:



Melalui paparan ini anda dimaklumkan tentang Lokaliti anda, Daerah Mengundi, DUN dan Parlimen tempat anda mengundi.

Jika anda mahu, anda juga boleh mencetak maklumat tersebut dengan klik pada butang 'Print'

Pastinya ramai di luar sana yang tidak sabar-sabar menanti saatnya Pilihan Raya Umum dilaksanakan. Semoga anda semua dapat melaksanakan tanggungjawab anda sebagai pengundi dengan baik dan dalam suasana yang aman.

Selamat menyambut ketibaan Pilihan Raya Umum ke-13 dan Selamat Mengundi ...

4 comments:

JungRara berkata...

hoho..excited nya nak mengundi..1st time ni..

Lynn si pipi merah berkata...

terima kasih.. selamat mengundi..

deno berkata...

deno dah semak... excited nak mngundi ni sbb ni first time deno mengundi^^

Noraqilah Johari berkata...

excited ni nk mengundi..first time! hehe :)