04 Mei 2013
Selangor Umumkan Cuti Umum Pada 6 Mei 2013
Kerajaan Selangor mengumumkan Isnin, 6 Mei 2013 sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan semua rakyat di Selangor yang pulang mengundi di kampung pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), pada Ahad 5 Mei2013 ini.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian hari kelepasan itu selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9, yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am.
"Kerajaan Selangor berharap hari pelepasan am ini digunakan sebaik mungkin untuk pengundi pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja," katanya.
Beliau turut mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Sumber: BERNAMA [03/05/2013]
Hari ini saya menempuh perjalanan dari pahang menuju ke PWTC untuk mengunjungi pesta buku yang mana hari ini merupakan hari terakhir pesta tersebut diadakan. Sebaik sampai di Bentong pada jam 9.00 pagi, saya mula terlihat berlaku kesesakan jalan raya yang membawa aliran trafik dari Kuala Lumpur menuju ke pantai timur. Kesesakan ini saya lihat berlaku bermula dari Plaza Tol Gombak.
Fenomena kesesakan ini saya lihat berlaku seolah-olah akan berlaku sambutan hari raya, di mana menjadi suatu kemestian untuk para perantau pulang ke kampung. Begitulah hebatlah bagaimana perantau menyambut ketibaan pilihan-raya demi menunaikan tanggung-jawab mereka terhadap negara.
Dengan suasana perantau berpusu-pusu sedemikian saya berpandangan memang sewajarnya perantau yang pulang ke tanah tumpah darah mereka untuk mengundi ini diberikan satu hari bercuti rehat. Tentulah suatu yang memenatkan menempuh perjalanan yang jauh lebih-lebih lagi dalam keadaan kesesakan lalu lintas.
Semoga semua perantau yang juga si pengundi ini menempuh satu perjalanan yang selamat sepanjang pergi dan balik ke tanah tumpah darah mereka masing-masing.
Kita nantikan sebarang kemungkinan kerajaan negeri-negeri yang lain mengikut jejak kerajaan Selangor untuk turut mengumumkan cuti umum sempena peristiwa PRU-13 ini. Semoga kemungkinan ini menjadi kenyataan.
Labels:
Semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
untungnyaaaa keje, selalu sgt cuti.sy ni keje hari2 xde istilah cuti pun :)
Saya hari tu memang ambik cuti pun.. saja melengkapkan cuti sebab Pahang hari selasa cuti hol..
Catat Ulasan