15 Jun 2013

LMBT Ganti Lesen Memandu Lama

LMBT ganti lesen memandu lama
Hishammuddin menunjukkan lesen memandu baru (LMBT) di tangan kanan beliau dan lesen memandu yang sedia ada di tangan kirinya.

Mulai 15 Julai 2013 ini, lesen memandu sedia ada, Lesen Memandu Percubaan (PDL) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan digantikan dengan Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT).

Penukaran lesen sedia ada boleh dilakukan di semua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara sebelum proses berkenaan diperluaskan ke pejabat pos, November 2013 depan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata langkah memperkenalkan lesen memandu dengan ciri keselamatan tinggi itu berikutan lesen sedia ada sudah digunakan sejak 1989 dan tidak pernah dinaik taraf, mudah rosak serta dipalsukan. Melalui pembaharuan ini, diharapkan Kementerian Pengangkutan dapat meyakinkan orang ramai bahawa kementerian proaktif menangani masalah seperti ini.

Sumber: BHarian [15062013]

0 comments: