Nuff Atas

15 Jun 2013

Tip Sihat Makan Di Luar


ULAM-ULAMAN antara makanan yang paling baik untuk kesihatan.

PENGAMBILAN makanan sihat sangat penting dalam kalangan masyarakat yang mementingkan gaya hidup sihat.

Sungguhpun begitu, ia hanya dapat direalisasi apabila anda menyediakan makanan sendiri di rumah. Ini kerana apabila menjamu selera di luar sama ada di restoran atau gerai, makanan yang disediakan tidak mengikut 'definisi' sihat yang anda inginkan.


Berikut disediakan beberapa tip untuk anda apabila makan di luar:

- Apabila memesan minuman, pilih air kosong, minuman tanpa lemak atau susu rendah lemak, teh tanpa gula atau minuman lain tanpa gula.
- Minta roti gandum untuk sandwic.

- Apabila berada di restoran, mulakan dengan sepinggan salad sayuran. Ini dapat membantu anda mengawal rasa lapar dan kenyang lebih awal.
- Minta sos salad dihidangkan berasingan di bahagian tepi pinggan dan ambil kuantiti yang perlu sahaja.

- Pilih hidangan utama yang mempunyai gabungan sayuran seperti kebab atau pasta dengan sos tomato.
- Pesan makanan yang dikukus, dipanggang atau direbus, bukannya digoreng atau ditumis.

- Pilih hidangan kecil atau sederhana sama ada anda memesan hidangan utama atau sampingan mahupun minuman.
- Pesan pilihan makanan daripada menu dan bukannya menuju ke arah pelbagai pilihan makanan di bufet yang disediakan.

- Jika hidangan utama yang disediakan terlalu banyak, cuba salah satu daripada strategi di bawah bagi mengelakkan anda makan berlebihan:
- Makan buah-buahan terlebih dulu sebelum makan makanan berat

- Pesan sebahagian hidangan pembuka selera atau hidangan sampingan dan bukannya keseluruhan hidangan utama.
- Kongsi hidangan utama bersama rakan.

- Bungkus lebihan makanan yang tidak dihabiskan dan simpan di rumah dan makan jika anda perlu.
- Apabila makanan yang dipesan sampai, ketepikan sebahagiannya bungkus segera.

- Elakkan diri anda daripada menghabiskan semua makanan sehingga pinggan licin apabila anda sudah kenyang. Biarkan baki makanan jika anda sudah kenyang.
- Bagi menjaga kesederhanaan dalam pengambilan kalori, lemak dan gula, ikut cara di bawah:

- Pesan sos salad supaya dihidangkan di tepi supaya anda boleh mengagakpenggunaan sos yang anda mahu.
- Pesan makanan yang tidak mempunyai kuah atau sos berkrim.

- Tambahkan sedikit mentega atau tidak perlu langsung di dalam makanan.
- Jika anda menempuh perjalanan yang panjang, pek buah-buahan segar, sayuran, atau kekacang untuk membantu anda hindarkan diri daripada mengambil makanan manis dan berlemak.

Sumber: http://www.choosemyplate.gov. dan Kosmo

1 comments:

Puteri Kasih berkata...

walau mana pun kita berada kita perlu bijak memilih makanan kan:)