Nuff Atas

20 Jun 2013

Teori Kinetik Jirim



Teori Kinetik Jirim

Jirim terdiri daripada zarah-zarah (partikel) halus yang diskret
Zarah-zarah sentiasa bergerak secara rawak dan sekata
Tenaga kinetik zarah bertambah apabila suhu jirim bertambah


Keadaan Jirim
o Pepejal
o Cecair
o Gas



Ciri-Ciri Jirim

1. Pepejal:
o Zarah-zarah disusun rapat
o Zarah dipegang dengan daya ikatan yang kuat
o Zarah bergetar pada kedudukan yang tetap

2. Cecair:
o Zarah-zarah tidak disusun rapat
o Zarah-zarah dipegang dengan daya ikatan yang lemah
o Zarah bergerak bebas

3. Gas:
o Zarah-zarah tersebar
o Zarah-zarah dipegang dengan daya ikatan yang sangat lemah
o Zarah bergerak bebas ke semua arah dengan halaju tinggi

Perubahan Keadaan Jirim



Proses Peleburan
Peleburan adalah proses perubahan pepejal kepada cecair
Pepejal dipanaskan, zarah-zarah menyerap tenaga haba
Zarah-zarah mendapat lebih banyak tenaga kinetik lalu bergetar dengan lebih laju
Pada takat lebur, zarah-zarah dalam pepejal memperolehi cukup tenaga untuk memutuskan daya ikatan antara zarah-zarah lalu bergerak bebas
Pepejal melebur lalu bertukar menjadi cecair
Takat lebur adalah suhu di mana pepejal mula berubah menjadi cecair

Proses Pendidihan
Pendidihan adalah proses perubahan cecair kepada gas
Cecair dipanaskan, zarah-zarah menyerap tenaga haba
Zarah-zarah mendapat lebih banyak tenaga kinetik lalu bergerak dengan lebih laju
Pada takat didih, zarah-zarah dalam cecair memperolehi cukup tenaga untuk memutuskan daya ikatan antara zarah-zarah
Cecair mendidih lalu bertukar menjadi gas
Takat didih adalah suhu di mana cecair mula bertukar menjadi gas

Proses Pembekuan
Pembekuan adalah proses perubahan cecair kepada pepejal
Cecair disejukkan, zarah-zarah membebaskan tenaga haba
Zarah-zarah hilang lebih banyak tenaga kinetik lalu bergerak dengan lebih perlahan
Pada takat beku, zarah-zarah dalam cecair membentuk daya ikatan antara zarah-zarah
Cecair membeku lalu bertukar menjadi pepejal
Takat beku adalah suhu di mana cecair mula berubah kepada pepejal

Proses Kondensasi
Gas disejukkan, zarah-zarah membebaskan tenaga haba
Zarah-zarah hilang lebih banyak tenaga kinetik lalu bergerak dengan lebih perlahan
Pada takat kondensasi, zarah-zarah dalam gas membentuk daya ikatan antara zarah-zarah
Gas terkondensasi lalu bertukar menjadi cecair

Perhatikan dan fahami klip video berikut untuk memahami Teori Kinetik Jirim dalam menerangkan Proses Perubahan Keadaan Jirim. Sengaja saya letakkan beberapa klip video di sini dengan harapan ada antaranya yang benar-benar dapat membantu proses pemahaman pelajar.

1. Klip Video 1



2. Klip Video 2



3. Klip Video 3



4. Klip Video 4



Sumber Rujukan Nota: Buku Teks Sains KBSM Tingkatan Empat

1 comments:

Mizz Aiza berkata...

teringat kembali ketika belajar subjek ni dalam mata pelajaran sains di sekolah dahulu..