20 Jun 2013

Panduan Membeli Bahan Mentah Segar


Gambar Hiasan

Pemakanan sihat bermula daripada sumber yang segar sama ada dibeli di pasar basah atau pasar raya. Ketika ke pasar, ada orang begitu senang memilih. Segelintir pula begitu teliti.

Namun, sejauh mana pengetahuan anda ketika membeli barangan dapur seperti ayam, daging, makanan laut (ikan, udang, sotong dan kerang) untuk dijadikan hidangan bagi memastikan semua ahli sekeluarga mendapat khasiat terbaik menerusi bahan itu.

Jika tersilap beli, anda pasti kecewa. Ini kerana ada sesetengah peniaga meletakkan bahan pengawet atau memercikkan dengan air atau meletakkan ketulan ais supaya tampak segar, tetapi hakikatnya sudah rosak dan tidak berkualiti.




Berikut, panduan Kementerian Kesihatan untuk membantu anda memilih produk makanan segar.

Ikan
* Pilih ikan dengan kulit kilat dan cerah.
* Kulit tidak berlendir tebal. Lendirnya tidak berlumut atau berlumpur.
* Matanya jernih, bercahaya dan tidak terbenam.
* Insang berwarna merah cerah, bukannya pucat. * Baunya tidak terlalu busuk.
* Isi pejal.
* Perut tidak pecah.

Daging
* Pilih daging yang berwarna merah cerah.
* Tidak berbau busuk.
* Tidak berlendir.
* Elakkan dari yang ada banyak lemak.

Ayam
* Kulitnya cerah dan tidak lebam.
* Tidak berlendir dan berbau busuk.
* Isi pejal.
* Tidak banyak lemak.

Udang atau sotong
* Kulit cerah dan bersinar.
* Kepala tidak tertanggal.
* Tidak berbau busuk.
* Tidak berlendir.
* Isi pejal.

Kerang-kerangan
* Kulit kerang masih tertutup.
* Cengkerang tidak banyak lumpur.
* Tidak berlendir dan berbau busuk.
* Cengkerangnya tidak pecah.

Sumber: BHarian [2013/05/23]

1 comments:

Mizz Aiza berkata...

selalunya urusan memilih bahan mentah aiza serahkan kepada yang pakar iaitu mak aiza.. hehe..