10 Julai 2013

Imbuhan Kepada Juara Liga Malaysia 2013

Bonus Aidilfitri!

KESEMUA pemenang Liga Malaysia (Liga M) meliputi juara Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM akan menerima hadiah kemenangan serta insentif tahunan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pasukan masing-masing hari ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata sejumlah RM2.025 juta diperuntukkan kepada juara, naib juara dan tempat ketiga Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM, musim 2013 ini.

Beliau berkata, sejumlah RM3.17 juta lagi diperuntukkan untuk wang insentif kepada semua 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana yang mana jumlah diberi adalah mengikut kedudukan terakhir mereka dalam liga.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, selain hadiah kemenangan serta insentif berkenaan yang berjumlah RM5.132 juta, katanya pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat yang mendapat liputan perlawanan secara langsung daripada Astro sepanjang musim lalu turut menerima bayaran pampasan berjumlah RM950,000.


Beberapa pihak termasuk penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebelum ini mempersoalkan wang penajaan RM30 juta setahun diterima FAM daripada Astro untuk hak penyiaran Liga-M yang sepatutnya diagihkan kepada pasukan tempatan yang menghadapi masalah kewangan.

"Bayaran kepada pegawai perlawanan kejohanan bawah umur seperti bawah 17 tahun dan bawah 14 tahun hampir RM200,000 turut akan dikreditkan pada 10 Julai, 2013 termasuk subsidi untuk Liga Futsal Kebangsaan 2012 yang turut berjumlah RM700,000 dan kesemua bayaran ini melibatkan wang tunai berjumlah RM8 juta," katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mempersoalkan wang penajaan RM30 juta setahun yang diterima FAM daripada Astro untuk hak penyiaran Liga M yang sepatutnya diagihkan kepada pasukan tempatan yang menghadapi masalah kewangan.

Hamidin berkata, juara Liga Super memperoleh RM750,000, naib juara RM450,000 dan tempat ketiga RM300,000 manakala bagi juara Liga Perdana menerima RM300,000, naib juara RM150,000 dan tempat ketiga RM75,000. “Bagi juara Liga FAM pula, hadiah kemenangan yang diterima berjumlah RM60,000 dan naib juara RM30,000,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Hamidin berkata, FAM tidak akan berganjak dengan keputusan asal mereka untuk tidak membenarkan mana-mana pasukan yang layak beraksi dalam kempen Piala Malaysia meminjam pemain pasukan lain.

"Keputusan yang sama turut dicapai oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM sejak awal tahun 2013 ini selain mengurangkan kerenah birokrasi di FAM yang mempunyai beberapa sekretariat.

"Pasukan hanya boleh menguatkan pemain menerusi dua pintu perpindahan pemain yang dibuka pada Januari dan April 2013 lepas," kata Hamidin.

Ulasan Hamidin adalah berikutan kenyataan penolong pengurus T-Team, Mohamed Sekanther Abdul Hamed dilapor sebagai berkata, wakil kelab Terengganu itu berhasrat meminjam tiga pemain yang beraksi di posisi penyerang, pemain tengah dan penjaga gol untuk memperkuatkan skuad The Titans bagi menghadapi kempen Piala Malaysia bulan depan.

Sumber: KosmoBHarian [10072013]

0 comments: