Nuff Atas

17 Ogos 2013

Air Suam Diet Paling Murah


RUTIN minum air masak boleh membantu menjayakan program diet.

RUTIN meminum air suam adalah pilihan paling mudah dan murah untuk menurunkan berat badan. Satu penyelidikan yang diketuai Prof. Brenda Davy dari Virginia Tech, Amerika Syarikat mendapati, minum air suam sebelum makan dapat membantu menurunkan berat badan.

“Individu dewasa yang mengamalkan rutin meminum dua gelas air suam sebelum makan akan kehilangan berat badan sekitar 1.81 kilogram lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum air.

“Wanita yang meningkatkan pengambilan air berupaya menurunkan lebih banyak berat badan berbanding wanita yang hanya meminum kurang daripada satu liter air sehari.


“Keadaan itu berlaku kerana air suam dapat membantu mengurangkan rasa lapar dan pengambilan kalori, terutamanya bagi mereka yang sedang berdiet,” kata Davy

Selain memberi rasa kenyang, air suam juga dikatakan boleh menurunkan risiko diabetes dan batu karang.

Sumber: Kosmo

1 comments:

roza berkata...

huhu memang betul..sye tengah cube untuk mengambil banyak air untuk buang toxin..