Nuff Atas

24 Ogos 2013

Kesan Radiasi Nuklear Pada Sayur


Buah tomato yang mengalami mutasi dipercayai akibat pencemaran radiasi dari loji janakuasa nuklear Fukushima. - AGENSI

GEMPA bumi berukuran 9 pada skala Richter pada tanggal 11 Mac 2011 meninggalkan memori duka kepada penduduk di negara matahari terbit khasnya mereka yang tinggal di pantai timur Jepun.

Bencana itu bukan sahaja mencetuskan tsnunami yang mengakibatkan lebih 18,000 penduduk terkorban, malah Jepun turut berdepan dengan krisis nuklear terburuk yang mengakibatkan pencemaran radiasi khasnya di wilayah Fukushima.

Ia sekali gus menjadi bencana nuklear terbesar selepas kemalangan loji nuklear Chernobyl di Ukraine pada 1986.


Namun, Jepun yang pernah bangkit daripada peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dilihat segera cuba melupakan peristiwa hitam itu dengan segera memulihkan keadaan.

Kini selepas dua tahun bencana itu, kesan pencemaran nuklear tersebut dipercayai mula kelihatan khasnya di kampung-kampung berhampiran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi.

Pencemaran radiasi itu dipercayai telah menjejaskan rantaian makanan di kawasan itu selepas beberapa keping gambar mula tersebar di Internet yang menunjukkan berlaku `mutasi terhadap sayur-sayuran' di situ.

Gambar-gambar itu dimuat naik oleh sebuah laman web Korea menunjukkan bunga, sayur dan buah di kawasan berhampiran loji janakuasa itu telah mengalami kecacatan dan perubahan fizikal yang aneh.

Antara sayur-sayur yang mengalami mutasi adalah seperti tomato gergasi yang mengalami ketumbuhan mendadak, lobak putih yang mempunyai lima `jari' dan dua buah pic yang membesar menjadi bentuk lapan.

Selain itu, laman web itu turut memuat naik gambar dua tukang kebun Jepun yang memegang dua biji kubis yang satu daripadanya telah membesar berbanding ukuran saiz asal.

Sekeping gambar lagi pula menunjukkan timun yang bertukar menjadi hibrid dengan daun sayur itu keluar daripada batangnya.

Mutated peaches < (tangomango13 via Reddit)

Gambar-gambar itu dengan cepat tersebar di Internet walaupun belum ada penjelasan daripada kerajaan Jepun mengenai kesahihan gambar berkenaan.

Namun sekiranya benar, pencemaran radiasi daripada loji nuklear Fukushima merupakan faktor utama yang perlu dipersalahkan.

Sementara itu, pada awal tahun ini, seekor ikan yang ditangkap berhampiran loji nuklear Fukushima didapati mengandungi lebih 2,500 kali had sinaran selamat undang-undang untuk makanan laut, dedah pengendali loji tersebut, Tokyo Electric Power (Tepco).



Satu laporan pada Oktober tahun 2012 lalu mendedahkan, tahap radiasi pada kebanyakan ikan yang ditangkap di luar pantai Fukushima tidak menurun berikutan bencana nuklear pada Mac 2011.

Bencana itu mengakibatkan kerosakan kepada sistem penyejukan loji nuklear mengakibatkan tiga teras reaktor cair dan memuntahkan sinaran sinaran radiasi ke dalam laut.

Penyelidik percaya, pencemaran radiasi itu berpotensi untuk mengancam sektor perikanan Jepun untuk berdekad-dekad lamanya. - AGENSI

Susunan MUHAMAD ZAID ADNAN
Sumber: Utusan

0 comments: