02 Oktober 2013

Susu Soya Minuman Berkhasiat


Soya minuman berkhasiat, rendah lemak

Soya dikenali sebagai minuman berkhasiat. Daripada bayi hinggalah kepada orang dewasa, minuman berasaskan soya menjadi pilihan ramai.

Soya atau dalam bahasa Itali Soia Latte sudah diminum beratus ribu tahun lalu di kebanyakan negara terutama di China. Minuman ini diperakui mampu menjadikan tekstur kulit cerah dan cantik secara semula jadi.

Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki banyak manfaat bagi kesihatan tubuh termasuk ketika hamil. Kacang Soya atau Glycine MAc adalah salah satu makanan terbaik dunia. Penduduk di benua Timur Myla menggunakan kacang jenis ini sejak 5000 tahun lalu sama ada dimasak atau diperah menjadi susu.


Beberapa penemuan saintifik mendapati kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan. Antara kebaikannya, ia bertindak mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s dengan bertindak seperti ubat “statins” tanpa kesan sampingan ubat.



Dunia semakin moden. Jika satu ketika masyarakat memerah keringat untuk mendapatkan segelas susu soya, kini semuanya tersedia di depan mata. Apatah lagi, ia dibungkus dalam pek menarik dan mudah didapati di mana-mana kedai. Walaupun hari sudah lewat malam, anda masih berpeluang mendapatkan susu soya ini yang cukup berkhasiat.

Dalam dunia serba pantas semua orang sibuk mengejar kejayaan. Kita bekerja keras dengan harapan untuk mencipta masa depan lebih cerah tanpa menyedari yang kita sudah melalaikan kesihatan dalam pengambilan makanan dan minuman berkhasiat.

Kementerian Kesihatan juga memperakui pengambilan 25 gram protein soya seharian boleh membantu mengurangkan paras kolestrol dan risiko penyakit jantung.

Soya juga minuman sesuai dinikmati oleh sesiapa saja sebagai pengalas perut bagi menghilangkan rasa lapar.

Sumber: BHarian [2013/09/19]

0 comments: