28 November 2013

Galaxy Note 10.1 Vs Galaxy Note 3



Galaxy Note 10.1 Edisi 2014 Nyata Berbeza

Paparan skrin yang lebih jelas dan cantik, kepelbagaian tugasan yang boleh dilaksanakan pada satu-satu masa, keriangan berhibur tanpa had serta peluang berkarya dan berkreativiti dengan lebih luas, segalanya bakal anda temui pada Samsung Galaxy Note 10.1 edisi 2014.

Dilengkapi paparan skrin 10 inci LCD WQXGA Super Clear dengan resolusi tinggi (2560x1600), pemproses 2.3 GHzQuad Core dan RAM setinggi 3GB menjadikan Galaxy Note 10.1 itu kegilaan ramai.

Selain teknologi, aplikasi baharu juga antara yang menjadi perhatian antaranya paparan ala majalah (UX) membolehkan pengguna menyusun sumber-sumber kegemaran agar mudah untuk diakses serta satu pengalaman membaca yang baharu.


Sama ada anda sedang menonton video, membaca majalah atau e-book, Galaxy Note 10.1 baharu menyediakan pengalaman media yang mendalam ditambah bersama rekaan lapisan perlindungan pada bahagian belakangnya yang bergaya, elegan dan juga canggih.

Menerusi aplikasi Multi Window, pengguna boleh menggunakan dua aplikasi yang sama berasingan dan menggunakan S Pen untuk meleret dan meletakan sebarang kandungan seperti gambar dan tulisan dari satu aplikasi kepada aplikasi yang lain.

Manakala Pen Window pula membolehkan pengguna melakarkan saiz aplikasi pada paparan skrin seterusnya memasuki aplikasi lain seperti Youtube dan juga kalkulator.

Selain aplikasi yang dinyatakan di atas, perkakasan atau aksesori Galaxy NOTE 10.1 versi baharu iaitu S Pen dan serta aplikasi S Note juga turut diperbaharui.

Antara kelebihan S Pen yang dinaik taraf adalah sensitiviti, keberkesanan penggunaan sepanjang hari serta kebolehan menghasilkan lebih banyak input kreatif.

Penggunaan S Pen bertambah menarik apabila Samsung turut menyediakan aplikasi khas iaitu Action Memo, Scrapbook, Screen Write dan S Finder yang mana mampu mengasah daya kreativiti pemiliknya dalam penggunaan gajet tersebut.

Action Memo merupakan kemampuan gajet tersebut membaca tulisan tangan pada mana-mana bahagian paparan skrin dan menukarkan info tersebut kepada kandungan yang diformat.

Menerusinya anda boleh melakukan panggilan, menambah pada kandungan kenalan (contact), mencari alamat di dalam peta melakukan carian di laman web atau menyimpan nota peringatan (to-do-list).

Scrapbook pula membolehkan pengguna menyusun kandungan daripada sumber yang pelbagai termasuk laman web, YouTube, dan Galeery di dalam satu-satu tempat khas agar mudah untuk dicari semula.

Seterusnya Screen Write merupakan kaedah mudah menyalin mana-mana pada imej skrin penuh sesebuah laman dan anda boleh meletakkan komen padanya.

Rata-rata kelebihan yang dinaiktaraf pada Galaxy Note 10.1 edisi 2014 juga boleh ditemui pada Samsung Note 3 dan bagi peminat kedua-dua gajet tersebut pasti menjadi satu kemestian untuk memilikinya.

Galaxy NOTE 10.1 edisi 2014 juga akan dimuatkan dengan 'widget' Samsung App yang mana boleh memudahkan anda untuk meneroka kandungan menarik yang disediakan oleh Samsung.

Widget tersebut tidak perlu dimuat turun kerana akan disediakan bersama apabila gajet tersebut dibeli termasuk seksyen tawaran istimewa untuk Galaxy yang mana akan mengetengahkan kandungan yang unik.

Gajet pintar tersebut tersedia dalam dua warna, jet black dan classic White dan pada kadar memori binaan dalaman 32GB, kad mikro SD dan bersama sambungan LTE.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Samsung di www.samsung.com/my atau laman Facebook Samsung di http://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
Sumber: Utusan [18/11/2013]



Cipta kelainan dengan Galaxy Note 3

MENERUSKAN legasi telefon pintar penuh gaya, Samsung Malaysia Electronics (SME) sekali lagi tampil dengan pilihan terbaru Samsung Galaxy Note 3.

Bagaikan membawa sebuah komputer di dalam poket, itulah yang boleh dikatakan bagi telefon bimbit pintar terbaru keluaran Samsung ini. Dengan menggunakan pemprosesan 2.3 Ghz Quad-Core, sememangnya memberi anda kuasa terbaik bagi sebuah telefon pintar.

Tindakan Samsung menambah baik perisian sebelum ini melihatkan komitmennya dalam menghasilkan telefon mudah alih yang direka untuk kemudahan manusia.

Galaxy Note 3 ini merupakan kesinambungan evolusi Samsung sebelum ini. Ia menyampaikan pengalaman baru dari segi reka bentuk yang lebih nipis dan ringan dengan skrin lebih besar, tetapi tampak lebih kompak. Ia lebih berkuasa dan bateri tahan lebih lama.

Rekaannya lebih cantik dan ia memberi pengalaman yang lebih baik daripada semua segi. Buat pertama kalinya, Note 3 mempunyai belakang yang bertekstur dan boleh didapati dalam warna hitam, putih dan merah jambu.

Fungsi S Pen diperkasakan dengan kemampuan berbilang tugasan yang lebih canggih. Sementara itu, Samsung Galaxy Note 3 turut memperkenalkan fungsi S Pen yang digunakan sebagai 'kunci' yang dapat membuka ciri-ciri Note 3.

S Pen mempunyai lebih banyak fungsi, bukan saja untuk menulis atau melukis. Apabila S Pen disentuh pada skrin dan butang ditekan, satu menu dengan pilihan lima tugasan khas dipaparkan yang membolehkan pengguna menulis nombor telefon atau alamat untuk membuat panggilan, disimpan dalam telefon, menghantar e-mel atau mencari pada peta; membulatkan maklumat untuk disimpan atau melukis kotak untuk membuka aplikasi tertentu.

S Note juga dikemaskini dan lebih intuitif dan senang disusun selain lebih mudah untuk menulis maklumat.

Note 3 juga mempunyai multiwindow yang lebih baik di mana aplikasi sama boleh dibuka dalam dua tetingkap berasingan.

Penambahbaikan lain termasuk peningkatan kuasa bateri kepada 3200 mAh supaya Note 3 tahan lebih lama. Contohnya, video boleh dimain empat jam lebih lama, iaitu peningkatan kira-kira 40 peratus, kata Park.

Oleh MASZUREEN HADZMAN
Sumber: Utusan [11/11/2013]

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 3:

* 5.7 "Full HD Super AMOLED (1920 x 1080)
* 2.3 GHz quad teras Qualcomm Snapdragon pemproses 800

* 32 GB memori dalaman (diperkembangkan slot microSD sehingga 64 GB) + 3 GB RAM
* Powered by Android 4.3 Jelly Bean OS (dengan TouchWiz UI)

* Bahan: kulit bertekstur di belakang dengan jahitan
* 13 megapiksel kamera belakang, 2 megapiksel kamera hadapan (rakaman video Full HD )

* 8.3 mm nipis, berat hanya 168 gram
* 3200 mAh bateri tidak boleh tanggal

* Sambungan: 4G LTE / HSPA +, WiFi, Bluetooth 4.0, GPS, NFC, Inframerah (IR)
* Terdapat dalam 2 warna: Jet Black & Classic White.

Ciri-iri terbaik untuk Note 3 termasuk:

Multi Visi - menyambung beberapa Note 3 dan meletakkan mereka bersama-sama merasai pengalaman menonton skrin video yang besar (seperti fungsi Group Play , tetapi dengan video. )

Majalah saya - bekerjasama dengan Flipboard untuk majalah seperti pengalaman membaca berita.

New Multi Window - pada masa yang sama mempunyai dua tingkap terbuka pada masa yang sama pada skrin, sebelah menyebelah

Drag dan Drop - mudah seret satu kandungan untuk aplikasi lain. Copy dan paste tanpa membuka dan menutup aplikasi berasingan

New S Nota - menulis, menyusun, mengedit dan melihat nota yang juga disegerakan dengan Evernote dan akaun jam pintar Samsung

Klip Mudah Baru - imej dipotong atau apa-apa bentuk dan bentuk dengan hanya melukis sekelilingnya untuk mengedit imej.

Selain ciri-ciri lain yang didapati pada jam pintar Samsung Galaxy S4 seperti Play Group, Album Story, S Penterjemah, suara dipertingkatkan dan banyak lagi.

Sumber: Utusan [13/10/2013]

0 comments: