Nuff Atas

22 November 2013

'Macam Comel Jer' Versi Dakwah



Beberapa minggu lalu, sebuah video yang menyaksikan seorang gadis dikenali sebagai Syasya yang memuji kecantikan matanya sendiri mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai. Sehingga kini, jumlah tontonan klip terbabit di laman YouTube sudah pun melebihi 950,000 kali.

(Bagi yang belum pernah menonton video tersebut, anda berpeluang menontonnya di YouTube dengan menaip perkataan 'Macam Cantik Jer')


Berikutan dengan itu. beberapa klip parodi yang tetap menggunakan perkataan asal seperti “macam cantik jer, macam comel jer”, sama ada daripada orang kebanyakan mahupun selebriti turut dihasilkan.

Penyanyi nasyid, Amar atau Ariff Muazzim Abdul Rahman, 32, bagaimanapun mengambil langkah berbeza apabila menghasilkan sebuah lagu berilhamkan video popular berkenaan. Menggunakan judul Macam Cantik Jer Macam Comel Jer, Amar menggelarkan karya ciptaannya itu sebagai lagu parodi Islamik.

Sumber: BHarian

0 comments: