25 Mei 2014
Mahkota Dewa ~ Khazanah Berharga Tanah Nusantara
Phaleria macrocarpa juga dikenali sebagai mahkota dewa.
PHALERIA macrocarpa juga dikenali sebagai mahkota dewa dikatakan berasal dari Papua New Guinea dan biasa digunakan di Indonesia untuk perubatan tradisional.
Namun, kini semakin banyak bukti saintifik ditemui tentang keberkesanan bahan aktif ini. Bahagian yang digunakan biasanya buah dan daun.
Demi kesihatan yang unggul, mahkota dewa patut menjadi nilai tambah dalam diet harian kita. Bagi yang biasa melihat atau meminum air rebusan hirisan kering buah mahkota dewa, tentunya mengetahui rasanya yang pahit walaupun ia penuh khasiat.
Namun, dalam dunia serba pantas ini, tentu lebih mudah jika dapat menikmati khasiat mahkota dewa dalam waktu yang sama merasai aroma kopi yang menenangkan. Justeru, membantu masyarakat ke arah hidup yang lebih baik, telah wujud beberapa syarikat pengeluar serbuk kopi yang mengetengahkan mahkota dewa sebagai bahan herba dalam kopi campuran mereka.
Antara manfaat Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa) ialah sebagai agen antioksida. Khasiat yang paling jelas adalah dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan imunisasi badan. Kopi Mahkota Dewa juga sesuai dinikmati di pejabat berhawa dingin dan dalam cuaca sejuk kerana berfungsi memanaskan badan. Malah kandungan asas kopi dapat menghindarkan rasa mengantuk dan menambah kecergasan badan.
Bagi yang menjaga berat badan, campuran kopi ini juga bagus diminum di samping mengurangkan kadar kolesterol.
Namun bagi wanita mengandung dan selepas melahirkan anak serta mempunyai penyakit berkaitan organ rahim tidak digalakkan menikmati minuman ini kerana dibimbangi menimbulkan kesan sampingan kerana sifatnya mencairkan darah. Begitu juga dengan bayi dan kanak-kanak tidak sesuai diberi minuman ini.
Sumber: Utusan
INFO KHASIAT MAHKOTA DEWA
Buah mahkota dewa mengandung beberapa zat aktif seperti:
1. Alkaloid, bersifat detoksifikasi
* dapat menetralkan racun di dalam tubuh
2. Saponin, yang bermanfaat sebagai:
* sumber anti bakteri dan anti virus
* meningkatkan sistem keimunan tubuh
* meningkatkan vitaliti (daya hidup)
* mengurangkan kandungan gula dalam darah
* mengurangkan penggumpalan darah
3. Flavonoid
* melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah
* mengurangkan kandungan kolesterol serta mengurangkan pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah
* mengurangkan risiko penyakit jantung koroner
* mengandung antiinflamasi (antiradang)
* berfungsi sebagai antioksidan
* membantu mengurangkan rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
4. Polifenol
* berfungsi sebagai anti histamin (antialergi)
Sumber: Wikipedia
Labels:
Alam Ciptaan Allah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan