08 Jun 2014

Floria Putrajaya 2014 ~ Begonia

Floria Putrajaya

Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya 2014) yang akan berlangsung selama sembilan hari mulai 14 hingga 22 Jun ini di tapak baharu yang kekal di Pesisiran Tasik, Presint 4 bakal menjanjikan pengalaman yang indah kepada para pengunjung dalam dan luar negara.

Floria Putrajaya 2014 anjuran PPj kini memasuki tahun ketujuh penganjuran dengan tema ‘Mesmerizing Colours’ atau Pesona Warna.

Floria Putrajaya 2014 yang bertemakan pesona warna bakal mempamerkan lebih daripada 400,000 spesies bunga dan tumbuhan yang disusun atur di dalam  taman yang direka khas dengan tapak pameran yang lebih luas.

Kali ini, Bunga Begonia atau asam batu yang berasal dari iklim lembap subtropika dan tropika dipilih sebagai bunga tema festival Floria Putrajaya 2014.




Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tiga pertandingan berprestij bakal diperkenalkan di Flora Putrajaya ini antaranya Putrajaya Pavillion Challenge Cup, pertandingan pokok bunga Orkid dan Floria Putrajaya Garden Challenge.

"Ia sebagai usaha meletakkan Floria Putrajaya sebagai satu daripada destinasi di peta bunga-bungaan dunia setanding dengan pertunjukan bunga-bungaan di peringkat antarabangsa," katanya

“Floria Putrajaya Pavillion Challenge Cup merupakan satu pertandingan yang mencabar kepada penggubah bunga profesional.

“Manakala pertandingan pokok orkid pula akan memberi pengiktirafan kepada pokok pokok hybrid orkid yang terbaik dengan bentuk, warna dan bunga dari jenis yang terbaik di Malaysia dan Asia,” katanya ketika pelancaran Festival Floria Putrajaya 2014.

Tambah Adnan, bagi pertandingan Floria Putrajaya Garden Challenge Cup pula merupakan pengiktirafan kepada mana-mana agensi yang mempamerkan reka bentuk taman yang terbaik sepanjang festival tersebut berlangsung.



Sebanyak 37 peserta antarabangsa dari 22 negara telah mengesahkan penyertaan antaranya Brunei, China, Denmark, Jerman, Amerika Syarikat dan Filipina.

Floria Putrajaya 2014 menyediakan 58 ruang kepada pengusaha landskap, pembekal bunga dan mereka yang terlibat dalam industri ini untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat atau perusahaan mereka.

FLORIA Putrajaya adalah terbuka kepada orang ramai dari jam 9:00 hingga 10:30 malam (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).

Pada tahun 2014 ini bayaran masuk RM3 akan dikenakan bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

Sumber: Sinar Harian (Artikel1), BERNAMA, Sinar Harian (Artikel2)



Floria Putrajaya 2014 akan mempamerkan reka bentuk dari peserta antarabangsa yang terdiri daripada pereka taman , pengusaha kedai bunga dan Pertubuhan / Persatuan Floral Anarabangsa. Mereka akan mempamerkan taman tertutup (indoor gargen) serta taman luar (outdoor garden) di samping memberi pelawat kefahaman tentang kreativiti dan kepakaran pereka landskap tempatan dan antarabangsa. Lebih daripada 80 taman luar dipamerkan oleh agensi-agensi kerajaan , badan-badan korporat , sektor swasta, persatuan-persatuan , penanam , universiti dan sekolah menengah dan rendah .

FLORIA Putrajaya 2014 ada mempamerkan taman berkonsepkan Taman Perkahwinan , Taman Bandar, Designer Gardens, Fantasy Gardens, futuristik Gardens, Taman Begonia , Royal Garden, Tea Party Garden, Taman Inovasi dan Taman Pavilion Dalaman .



Tarikan lain termasuk Bazaar Taman , pasar hortikultur yang menjual segala keperluan tukang kebun, seperti pokok bunga, pokok-pokok, perabot taman, peralatan taman , produk bioteknologi dan perkhidmatan landskap.

Lebih daripada 200 aktiviti harian diadakan sepanjang sembilan hari Floria Putrajaya termasuk demonstrasi menggubah bunga, bengkel berkebun, hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf.

Sumber: Floria Putrajaya

2 comments:

Unknown berkata...

mesti best kan. tapi tak pernah pergi sebab jauh :)

Unknown berkata...

alaaa... jauh...